Bahagia Hingga ke Syurga. InsyaAllah. Amin..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak Solehah. InsyaAllah. Amin..

Sunday, August 29, 2010

Aktiviti Menjelang Raya

Salam..

Haishh sibuk sangat ke aku ni sampai dah seminggu tak update blog.

Biasa lah, nak raya kan. Hehe. Padahal persiapan raya tak la hebat mana pun. Tahun ni, kami suami isteri beraya bersederhana.. Baju raya pun tak la beli berpasang-pasang. Bagus sebenarnya bersederhana ni. Kena ingat jugak pada orang-orang yang kurang berkemampuan kat luar sana kan. Bulan baik ni, sangat la dituntut untuk bersedekah..

Ermmm semalam aku keluar sorang-sorang dengan tujuan nak beli keperluan. Bukan baju raya. Baju raya dah ada, kebaya Indonesia aku beli online dulu tak pakai pun lagi. So darling husband 'dipaksa' untuk beli baju melayu warna yang sama dengan kebaya Indonesia aku tu. Kekekeke.

Semalam kat bandar Kuantan teramat la ramai manusia.. Jadi rimas pulak. Manusia ambik kesempatan kan, Jumaat cuti nuzul Quran, Selasa cuti merdeka. So ramai yang cuti lama & ambik peluang shopping keperluan raya. Termasuk lah aku. Tapi ok jugak shopping sorang-sorang. Senang nak bawak diri.. (Sob sob sian si dia pun kena shopping sorang-sorang kat sana)

Pagi tadi pulak, lepas sahur & solat subuh, aku buat satu lagi biskut raya. Hihi teringin sangat sebab dah lama stop. Bahan banyak lagi. So tanpa berlengah pukul 6.30am aku dah mula. Ni kiranya biskut raya ke 6 kot aku buat tahun ni. Makmur, cornflakes, arab, almond london, choc chips, green princess. Eh ke 7 la. Kali ni aku buat SNOW ALMOND!

Taraa...!!


Rasanya ni biskut kedua paling 'mewah' lepas almond london. Dan agak leceh sebeb kena salut coklat & breadcrumb. Tapi aku nak jugak buat sebab ntah. Nak belajar. =D Dapat la 90 biji pagi tadi. 2x bakar. Pukul 9.30 am baru settle kemas dapur semua. Pastu baru aku tidur. Haha!


Ni cornflakes hari tu. Geng biskut arab ni, sebab senang yang amat nak buat. Adik-adik pun suka. A ah ek baru perasan. Adik-adik aku ni suka biskut raya yang seenang nak dibuat. Bagus betul!

Lepas ni nak buat lagi biskut raya. Biskut apa pulak ntah... Beria betul aku. Haha!

2 comments:

E K A said...

rajin nya dia.yg letak bread crmb tu mesti rangup kan

Mrs Azhar said...

eka, mood tgh rajin menjengah tu yg ambik kesempatan. kang mood M dtg susah, tak sempat asah bakat. kekekeke. a ah rangp kot xsbr nak try masa bebuka ni jap lg

Post a Comment

Komen anda dialu-alukan.. Terima kasih daun keladi.. Lain kali datang la lagi.. =D