Hmmmmhh hari ke 5 puasa baru sempat nak update tentang juadah berbuka. Alhamdulillah syukur pada Allah.. Rezeki murah dengan makanan-makanan yang sentiasa ada.. Penuh meja makan..
Hari ke 5 ni aku masih belum berkesempatan berbuka bersama suami tersayang. InsyaAllah minggu ni kami akan berbuka dan bersahur bersama. Walaupun sehari / dua hari..
Ok back to the topic..
Hari ni 15 Ogos 2010, aku masak sebahagian daripada lauk berbuka.. Hehe. Apa yang aku masak eh? Kenapa aku sorang yang masak?? Sebabnya my mum keluar pergi shopping barang keperluan, kakak pun keluar ada hal, adik pun sama. So tinggallah aku di rumah, bermula 3.30 pm lagi aku dah mula ke dapur.. Tak jadi aku nak taip teaching plan depan tv..
Daging goreng kunyit, ikan celup tepung, pisang goreng, ayam goreng.. Itu yang aku masak. Lauk lain sambal belacan dengan sayur kubis masak lemak, my mum yang masak. Ma balik pukul 6 pm aku surrender. Penat ooo bersilat sorang-sorang kat dapur, masak sambil basuh baju (mesin la yang basuh), jemur baju, kemas dapur, basuh pinggan. Terhangus sikit daging masa lembutkan dalam kuali. Tapi orang tak perasan pun. Selamat. =D
Inilah juadah berbuka kami..
Oh ye. Yang hijau dalam mangkuk putih itu adalah kek lapis pandan, percubaan pertama aku untuk membuatnya semalam. Ada lebihan dalam peti, dan dah pun dihabiskan malam ni. Percubaan pertama pandan layer cake aku adalah tidak berapa memuaskan, walaupun rasa ok (abah cakap sedap! =p) tapi sedikit keras. InsyaAllah percubaan kedua nanti akan jadi lembut kek itu. Hehe
Close up sikit.. Hmmm.. Ni masa dihidangkan semalam. Aku namakan kek ni 'kek alien'. Hehe. Sebab warna hijau dia agak 'menusuk kalbu'! Tapi takpe, sebab aku tahu kenapa jadi macamtu.
Siapa ada tips macamana nak cantikkan tekstur layer kat atas tu??
1 comments:
Selamat hari raya..:)
Post a Comment
Komen anda dialu-alukan.. Terima kasih daun keladi.. Lain kali datang la lagi.. =D