Bahagia Hingga ke Syurga. InsyaAllah. Amin..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak Solehah. InsyaAllah. Amin..

Wednesday, October 27, 2010

Kisah Bulan Madu #1

Salam...

Mode berangan yang indah-indah sekarang ni tengah on. Padahal banyak je kerja nak kena buat. Ni tengah marking test paper students sebenarnya. Tapi biasa lah, kadang-kadang terapi itu perlu. Berangan adalah salah satu terapi bagi aku. =D

Dah lama teringin nak update cerita-cerita indah macamni, tapi kadang-kadang tak berkesempatan. Tak pun tak cukup bahan. Hihi. Seronok sangat bila baca dan kenang balik semula cerita-cerita yang indah-indah ni.

So sekarang, mari mulakan. Kisah bulan madu kami. Ada tujuh semuanya. Setakat ini. Ya. Setakat ini lah. Walaupun mungkin ada yang beranggapan 'alah, setakat dalam Malaysia', aku tak kisah pun. Bagi aku bulan madu tak semestinya jauh-jauh ataupun berminggu-minggu. Dalam Malaysia je pun tak kisah, ASALKAN aku dapat spend masa berkualiti bersama si dia. Kami berjumpa sekali / dua kali sahaja dalam sebulan, jadi kalau boleh setiap kali berjumpa nak dijadikan bulan madu! =D Lagipun darling husband susah nak cuti, so terjadi la bulan madu versi kami sendiri.. Kadang-kadang unplanned pun.

Yang first, mestilah sejurus selepas menjadi kekasih halal! Heheee.. Masa ni feeling lebih sikitttt, inai masih di jari lah katakan. 
Ye.. Dua hari sahaja.. Hari ke 5 menjadi kekasih halal, kami berjalan-jalan ke Bukit Tinggi dan Genting Hihghlands.. Cukup lah dua hari. Sebab ada agenda seterusnya pula...

Dari tanah tinggi ke pantai pula. =) Yang ni best sangat-sangat! Water chalet tu. Aku booked awal, before kahwin lagi. Hehe. Sangat-sangat puas hati dengan chalet tu. Privacy, spacious, boleh memancing-mancing dari balcony.. Pendek kata, best lah. Panjang tak kata apa-apa. Heeeee...

Dari pantai, ke tanah sejarah pula.. Yang ni sebab dah dekat nak balik ke Johor, untuk majlis sambut menantu. Yang ni paling penat. Sebab nak melawat tempat-tempat sejarah tu semua kan. Dah la panas. Tapi takpe sebab tetap indah. Hihi.. Lagipun naik beca, bukan jalan kaki.. Itu pun tak sempat nak lawat semua tempat. Sebab family baru (mertua) suruh balik kampung awal sikit. Ada marhaban..

So inilah bulan madu pertama kami.. 8 bulan yang lepas. Haha. Bukan di Krabi macam pengantin-pengantin baru yang lain.. Tapi apa pun aku puas hati. InsyaAllah ada rezeki nak jugak ke tempat-tempat romantik yang lain tu kan. Tapi constraint dari segi masa.. Darling husband pun susah nak plan cuti.. Tak kisah lah. Kalau dah pasangan romantik, pergi mana-mana pun tetap romantik. Tak perlu ke Krabi / Paris pun.. Yang penting bercuti bersama-sama.. =)



6 comments:

Lily said...

salam..hai puan wani kite ni tgh mood romantik gitu..bagus la tue..hak alar blusing plak die..hehehe...lily xsabar tgu entry pregnancy lak nihh...aiii bile ek

Mrs Azhar said...

lily: wslm.. haha bila rindu mcmni la jadinye.. hikhik.. entry pregnancy? i pun xsbr u! haha. sbr2 nnt ada rezeki akan kukhabarkan. doakan yg terbaik utk kami berdua ye! sementara berdua ni, baik lah berhoney2moon dulu kan. hehe

Qistin Fadzin said...

Bestnya jenjalan... btol, dpt jumpa skali skala rasa mcm nak bulan madu je stiap kali kan ;D

*dah receive t-shirt tu... nnt saya send replacement ye :)

Mrs Azhar said...

qis:jln2 mmg la best.. pasangan2 yg LDR mesti semua mcm kita jugak. hari2 bulan madu. =)

ok. i xsbr nk pakai tshirt tu & nk buat entry pasal tu

cik beLLanan said...

sronoknya honeymoon!
^_^

Mrs Azhar said...

belle: mmg la seronok! bahagia.... senyuuummmmm je spjg masa. tdo pun senyummmmmm.. =)

Post a Comment

Komen anda dialu-alukan.. Terima kasih daun keladi.. Lain kali datang la lagi.. =D