Bahagia Hingga ke Syurga. InsyaAllah. Amin..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak Solehah. InsyaAllah. Amin..

Thursday, November 25, 2010

Tahun 2010, 2 kali aku konvokesyen =D

Salam...

Hehe. Best kan, tahun ni sahaja dah dua kali aku berpeluang pakai jubah konvo. Tapi bukan sebagai penerima skrol. Aku hanyalah menjalankan tugas melihat pelajar-pelajar aku (dan adik aku) naik pentas.. Dah nama pun pendidik kan.. Haruslah aku terlibat dengan perarakan akademik masuk-dewan-diiringi-bunyi-gamelan. Sambil senyum-senyum simpul sebab muka masuk camera. =)

Tapi best! Sebab setiap kali pakai jubah dengan mortar board tu, mesti rasa macam excited. Walaupun setakat ni rasanya dah lima kali pakai. Diploma, degree, as a lecturer (IKIP 2 kali, UTM 1 kali). Tinggal untuk masters je belum lagi. InsyaAllah kalau ada rezeki dan peluang.. Ermmm.. Excited sebab terkenang kembali saat-saat nak naik pentas terima skrol satu masa dahulu.. Seronok sangat.. Tambah-tambah lagi bila nama disebut dengan kuat, mendahului graduan-graduan dalam department / faculty yang sama, dekat layar besar tu pulak terpampang berapa bintang yang kita dapat.. Owhh manisnya kenangan itu.. ;p Terima kasih sangat-sangat pada penyokong-penyokong dan pemberi semangat aku sepanjang belajar.. 

Eh eh kenapa aku macam bagi speech ni. Ok kembali ke jalan yang benar. Hiii..

So kat sini nak letak gambar-gambar kenangan masa konvokesyen di UTM Skudai dan IKIP International College..

Ok yang ni di UTM Skudai.. Aku sebagai wakil pensyarah bagi department aku, dan juga sebagai kakak kepada adikku yang bangga tengok nama dia kat buku konvo tu.. (u can click the pic for zooming ;p)

Wahahaha besarnya muka aku! Sekali tengok ada jugak gaya budak baru grad. =p Yang ni pula konvokesyen ke 10 IKIP International College.. Adik aku pun diraikan lagi sekali masa ni, tapi gambar dia tiada di sini.. Cukup lah gambar kat UTM tu je.. Haha dengki!

Kisah Bulan Madu #3

Salam..

Kesinambungan edisi mengenang kisah-kisah indah..


Masa ni kelam kabut cari hotel semuanya penuh kat Shah Alam.. Konon-konon aku budget hotel available je if walk-in. Tapi... Mula la cuak surf cari hotel kat Kedai Kopi Shah Alam tu. Hehe. Finally dapat bilik Histana Hotel. Bukan Vistana ye.. =)


Ni sangat best! Sebab dapat stay Copthorne Orchid Hotel in Penang dengan special price! Thanks abah!! Masa ni aku jumpa husband di Kedah, then we went holiday in Penang.. Dan ada beberapa kejadian kereta kesayangan darling husband 'merajuk'. Ahahaha.. Balik dari Penang, met my mother-in-law pula di Pasar Rabu.. Eh Pekan Rabu lah.


Apa-apa pun.. Semuanya kenangan maniss.... ;-p

Tuesday, November 23, 2010

Jalan-jalan Cari Makan [Steamboat]

Salam..

Ni entry yang tertangguh. Walaupun mood untuk makan sekarang ni kurang, aku buat juga entry pasal makan. Owhh sekarang ni masuk hari ketiga aku demam.. Kejap demam, kejap ok. Sekarang pun musim orang tak sihat. Sakit kepala, selsema, sakit tekak, batuk-batuk sampai keluar air mata ("__"). Mungkin ada juga hikmahnya aku kurang selera makan. Memandangkan sebelum ni aku dah semakin chubby. Tapi berat badan still maintain 48kg. Adakah weight scale itu yang rosak?? Atau hanya lemak-lemak aku yang berpindah tempat?? Hmmm...

Kalau sebut steamboat, dalam Kuantan ni aku rasa tempat ni antara yang popular sekarang. Dulu aku dah nampak kewujudan kedai ni, tapi just ignore je sebab nampak macam kedai steamboat cina. Tapi since abang aku belanja kami semua makan kat sini, aku rasa ni tempat paling ok. Walaupun rasanya aku lagi suka Thai sauce yang dekat Johnny's tu. Lagi satu tempat aku pernah makan steamboat adalah di Sri Affa Restaurant. And dulu Swan dekat hotel M.S Garden kot, selain yang dekat Cameron Highland.

Nama tempat ni East Coast Buffet Steamboat. Yes. Buffet. Sebab tu lah tempat ni yang paling ok. Sebab, untuk dewasa RM20, kanak-kanak RM12 sahaja.. Murah bagi aku sebab menu steamboat dia pun ada ketam, udang semua.. Sesiapa yang kuat makan memang sangat berbaloi..

Ok ni amaran supaya semua orang tidak menjadi tamak secara tiba-tiba. Haha

Ada orang tengah selamatkan sayur, ada orang tengah menunjukkan sesuatu..

Ya... Inilah adik lelakiku yang kurus tapi tak tahu kenapa dia makan macam... Ya Rabbi... Tengok, tengok. Ketam bergayut-gayut di tepian mangkuk kecil.
Ini sebahagian dari kami.. Penuh meja. Yang di sebelah kiri gambar terpaksa dikaburkan atas alasan terlalu ngeri untuk dipertontonkan di sini. Hukhuk

Yeahhh gambar tuan punya blog kena besarkan sedikit ye. 

Gambar yang ni kena kecikkan sikit sebab aku tahu aku buruk ketika itu! Huhu. Boleh buat contest "cipta dialog" ni. Hadiah: Buffet steamboat. =)

Ha ni lagi satu bukti untuk statement yang kat atas tadi..

Sekian...

20112010 :: 9 bulan yang penuh keindahan =)

Sekali lagi, Alhamdulillah..

Tarikh 20 November 2011 baru-baru ini menjadikan kami pasangan suami isteri jarak jauh selama 9 bulan.. Tahniah untuk diri sendiri dan darling husband kerana begitu tabah. Huhu (dalam hati Allah je yang tahu).. Dan kami masih lagi hangat bercinta.. Sama seperti hari pertama diijabkabulkan.. 


Sayangku Mohd Azhar, "nagligivaget!"

Monday, November 22, 2010

Aidiladha 2010

Salam..

Raya haji kali ni lebih bermakna bagi aku, sebab pertama kali disambut bersama suami.. Dan beraya di sebelah keluargaku.. Hehe. Dah raya Aidilfitri sebelum ni kat Johor kan, kali ni kat Pahang lah pulak. Darling husband bercuti selama 5 hari. Oowhh gumbira!! So sempat la pergi beraya ke rumah saudara di Dungun dan Bukit Sagu..

Ni gambar-gambar masa raya kat Kuantan tu..

 Ehehehe.. Enterframe..

Sesi bermaafan.. Seisi keluarga..

Oppss.. Sayang, baju u tertetas!! Maksudnya??

Masa untuk ibadah korban.. Lembu anda adalah lembu nombor 6 ye.. Abah & menantu berkongsi lembu yang sama..



That's my man! =D

Monday, November 15, 2010

Kisah Bulan Madu #2

Salam..

Sambungan kisah indah sebelum ni. Heee....

Ni kira 2nd honeymoon la.. Sebab yang 1st honeymoon tu pergi tiga tempat terus kan..

Ok. Yang ni dekat je dengan tempat tinggal. Di Kuantan juga. Tapi gedik juga nak panggil honeymoon. Haha. Suka hati i la kan!

Yang ni gambar ada sekeping je. Sebab gambar-gambar lain adalah p&c. Hihi. Ada juga gambar yang menampakkan spotlight yang amat besar kat muka aku. So yang tu pun tak nak la letak. Ngeeee...

 Gambar kurang romantik. ;-D

 *Gambar deleted*

Wednesday, November 10, 2010

ISO Audit...

Salam....

Bila sebut ISO Audit, semua orang tahu apa yang akan terjadi, apa yang semua orang perlu buat. Work instructions, ISO procedures, documentations, bla bla bla.. Isk. Selama ni aku berdebar setiap kali ada audit berlangsung. Tak kira la Internal Audit or SIRIM. Tapi kalau SIRIM confirm la debaran berganda-ganda.


Baru-baru ni Audit SIRIM dah lepas, minggu ni berlangsungnya Internal Audit kat kolej. First time, hari ni nama aku sangat laaa bertuah untuk diaudit. Hohoho. 3 orang auditors, yang sorang tu terkenal dengan ketelitiannya masa mengaudit. 

Dah la aku orang pertama kena panggil. Bilik tu pun sejuk sangat.. Masa opening, auditors cakap yang audit akan dijalankan pukul 10am sampai 2pm. Kalau tak puas hati, diorang nak audit sampai la pukul 4pm. 

Tapi.... Alhamdulillah.. Aku diaudit tak sampai setengah jam. Semua ok, attendance pelajar ok, teaching plan pun ok (pagi tadi baru aku mintak APD sign. Haha!), consultation pelajar ok, supporting documents pun ok.. Bila auditors cakap "You're done!", aku dah relieved.. =) Tapi tak berdebar sangat pun masa kena audit tu.. Cuma sejuuukkkkk je..

Overall.. Alhamdulillah.. =)

Tuesday, November 9, 2010

6 Nov 2010: Bitrhday Abah Tersayang

Salam..

Entry yang terlewat. Sebab agak busy la sekarang ni.. Tapi sempat jugak berblogwalking. Hehe

6 Nov 2010, birthday abah tersayang. Alhamdulillah.. Abah dah genap 57 tahun. Bakal menimang cucu sulung pada tahun hadapan. =).............. Oppss.. Cucu yang dimaksudkan bukan lah dari aku, tapi dari abang sulungku.. (kahwin 4 bulan selepas kami). Kakak iparku dijangka bersalin bulan Jun 2011. Aku??? Hmmm.. InsyaAllah.. Doakan sahaja.. =)

Ok berbalik pada cerita birthday abah tadi, celebration hanya kecil-kecilan.. Melibatkan kami sekeluarga sahaja. Itu pun tak cukup ahli. Aku dan darling husband (kebetulan si dia balik) belikan kek Secret Recipe (itu pun hampir kecewa sebab SR Kuantan dah sold out chocolate indulgence!) and buat surprise pada abah malam tu.. Abah baru je nak makan pizza depan Buletin Utama. Tiba-tiba black-out. Lepas tu anak-anak semua nyanyikan lagu 'Allah selamatkan abah...' Hehe..

Abah yang kusanjung, dunia akhirat..

Si bongsu Arissa bagi birthday present pertama kat abah. Lollipop! =D

Dan ini, kad ucapan Arissa yang membuatkan semua orang gelak besar!

Abah membelek-belek birthday presents. Tshirt hijau hadiah dari kami suami isteri.. =)

Abah sayang...

Walaupun saya sudah di bawah tanggungan seorang yang bergelar suami, abah tetap di hati saya.. 
Selama-lamanya.. Semoga abah sentiasa di bawah lindungan Allah swt.. Amin...

Thursday, November 4, 2010

Risau + Sedih

Salam..

Sekarang ni Kedah dilanda banjir terburuk. Perancangan asal aku akan ke sana malam ni untuk berjumpa darling husband. Tapi apakan daya terpaksa dibatalkan. Keadaan tak mengizinkan. 

Aku risau dengan keadaan di sana. Walaupun kawasan suami tak terlibat banjir, tapi dia mengalami ketiadaan bekalan air. Owhh kesian suamiku! Terpaksa mandi dengan mineral water.. Harap-harap dia dapat pelepasan balik sini.

Aku juga sedang bersedih sebab dah dekat sebulan tak dapat jumpa. Constraint kerja. Banyak outstation sepanjang bulan lepas. InsyaAllah raya haji nanti dapat jumpa.

Esok cuti Deepavali. Selamat Hari Deepavali pada sesiapa yang meraikan. Dan lusa, birthday abah tersayang. Abah berhasrat untuk makan buffet steamboat ramai-ramai. InsyaAllah akan ditunaikan. Owhh dah lama tak makan Secret Recipe!