Bahagia Hingga ke Syurga. InsyaAllah. Amin..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak Solehah. InsyaAllah. Amin..

Friday, June 24, 2011

Hidup Satu Ujian, Mati Satu Kepastian..

Assalamualaikum..

Agak lama aku tak update blog. Nak kata sibuk sangat tu tak pun. Tapi mood tak datang. Biasa lah.. =)

Ok hari ni 24 Jun 2011, Jumaat. Ada tazkirah bulanan pagi tadi. So aku pun ambil la kesempatan pergi dengar. Majlis ilmu kan, berkat.. Alhamdulillah, dewan kuliah pun penuh. Penceramah jemputan Ustaz Hj Mahmud b Haji Mat. First impression, tengok ustaz macam serius je. Tapi rupanya sangkaan meleset. Ceramah best! Sebab ustaz kelakar. =D

Tajuk tazkirah ni.. Dah tulis kat atas. Hehe. Menarik kan tajuk tu. Semua orang akan melalui. Nak atau tak nak, suka atau tak, semua akan diduga dalam hidup dan semua akan menghadapi mati..

Nabi Adam a.s sendiri pun diuji Allah s.w.t. Inikan pula kita anak cucu Adam. Dan, perempuan adalah satu ujian bagi lelaki. Betul kan? Sakit juga satu ujian. Kekayaan, kesenangan, semuanya ujian. Dulu aku pernah terfikir, kenapa ada kawan-kawan aku yang tak pandai pun solat (masa sekolah menengah dulu), tapi dia pandai dalam pelajaran. Rupanya, kebijaksanaan dia tu satu ujian...

Sakit penghapus dosa. Aku pernah diduga dengan macam-macam penyakit. Dan aku tahu itu ujian Allah pada aku. Tapi seperti mana kata ustaz, sakit itu penghapus dosa. "Tiada satu pun musibah yang Allah timpakan, kesusahan, penderitaan, penyakit, hinggakan duri yang mencucuknya, melainkan dihapuskan Allah daripada dosa-dosanya" (Bukhari Muslim). Tapi dengan syarat, kita terima ujian (sakit) itu dengan sabar dan redha. Tak boleh mengeluh.. Jadikan setiap ujian sebagai positif.

Kemudian, bercakap tentang mati, roh kita ada yang roh jinak, ada roh liar. Roh jinak ni adalah roh orang-orang beriman.. Dan roh liar tu sebaliknya. Roh jinak akan keluar bila dipanggil malaikat maut, tapi roh liar degil. Malaikat pukul untuk panggil roh liar keluar. Bayangkan macamana sakitnya kita jika dipukul, kerana saiz sebenar malaikat teramat-amat besar..Jika manusia mendengar suara malaikat maut Izrail, seluruh manusia akan mati. Subhanallah...

Dan lagi satu, sifat kubur adalah menghimpit. Tidak kira amalan kita baik atau jahat semasa di dunia, kubur tetap menghimpit. Tapi untuk orang-orang baik, himpitan kubur tu ibarat dakapan kasih sayang ibu terhadap anak.. Dan pesan ustaz juga, jangan sesekali tinggalkan doa. Sentiasa lah berdoa dalam hidup kita.. InsyaAllah..

Personally, aku sangat percaya pada doa. Sudah terbukti pada diri aku sendiri, doa yang baik akan dimakbulkan Allah. Cuma, cepat atau lambat, hanya Dia yang tahu. Ada sebab kenapa lambat diperkenankan doa kita..

2 comments:

~ NANA ~ said...

insafnya baca entry ni :(

Mrs Azhar said...

nana: tu la kan. kdg2 kita mudah lupa diri..

Post a Comment

Komen anda dialu-alukan.. Terima kasih daun keladi.. Lain kali datang la lagi.. =D