Bahagia Hingga ke Syurga. InsyaAllah. Amin..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak Solehah. InsyaAllah. Amin..

Saturday, July 9, 2011

Krabi Honeymoon #2

Assalamualaikum..

Sebenarnya kali ni aku tak sihat lagi.. Bulan April dan Mei demam, Jun tak demam, Julai demam semula. Alhamdulillah, dugaan Allah.. =) Balik dari Krabi, terus ke KL semula untuk bengkel di UTM. Esoknya pendaftaran pelajar pula. Nasib baik hari ni cuti. Next week dah mula kelas.

Ok jom sambung cerita Krabi ni.
*gambar removed*
 Ni masa hari pertama masa baru sampai hotel. Lepas check-in, rehat-rehat, mandi, then keluar untuk cari makan. Dalam flight tak order makanan, pagi tu je makan nasi lemak di KL Central. Oh ini transport yang Sunda Resort sediakan untuk bawa hotel guests ke pantai Aonang atau Noppharat. FYI, resort ni bukan tepi pantai, so kalau jalan kaki tu memang jenuh lah. Jadi, naik sahaja trak kecil ni. Tiada caj dikenakan. Bila-bila masa pun boleh minta hotel hantarkan ke pantai. paling lewat 10pm.

Cuma kami. =) *gambar removed*

Bila dah sampai pantai Aonang, kami jalan-jalan sekitar situ cari kedai makan. Memandangkan dah dekat pukul 6pm masa tu, takut gastrik, kami decided to rent a scooter. =) Sebab macam dah penat jalan kaki, kedai makanan halal pun tak jumpa. Scooter ni digelar Scoopy. Darling husband pilih the pink one, i like! Kami dapat sewa dengan harga 200 Baht sehari. Passport salah seorang disimpan sebagai deposit.  Maka bermula lah pencarian kami. Tapi dalam lapar-lapar tu sempat lagi berhenti tepi jalan, bergambar. =)

Ni gambar wajib ye kalau sewa motor di sana. =) Beria pakai helmet. Sebab masa sewa tu dibekalkan helmet sekali, so pakai sahaja lah..

Salah satu Muslim stall di pasar yang kami singgah. Sekejap je singgah sini, memang pasar ni pasar orang Islam, tapi tekak darling husband loya walaupun makanan tu makanan halal. Sebab bau pelik makanan-makanan Thailand di pasar tu. Baru first day kan, masih belum sesuaikan diri kot. So, kami teruskan lagi pencarian makanan.. '__'

Oh ini kelakar. Makcik ni baru lepas beli sayur di pasar tadi tu. Dia nampak kami tengah tengok peta kat Scoopy. Then dia tanya something (dalam bahasa dia). Darling husband pun sebut la Muslim, buat isyarat nak makan, dia jawab lagi dalam bahasa dia. Beria-ria cakap direction untuk cari kedai makan (kot). Hihi. Bagus makcik ni tau. Then dia tengok kami geleng-geleng kepala, dia sebut 'makan nasi?'. Haaaa kami cepat-cepat angguk! Last-last ada la orang rumah depan tu datang tolong bagitahu kami direction (in English). Phewww~~ =D

Alhamdulillah, jumpa juga kedai makan Muslim yang ada macam-macam jenis nasi goreng. Western pun ada. Tengok lah muka kelaparan masing-masing. Pukul 7pm baru dapat makan. Haha. Sebelum jumpa kedai ni, ada seorang lelaki tegur, 'Assalamualaikum, bang'. Kami jawab salam dia. Then baru terfikir, eh dia sebut 'bang'. Then dia cakap Melayu (tapi slang Siam) bagitahu kat mana kedai makan. Rupanya dia pernah kerja di KL. Hmmm by the way, itu gambar nasi goreng nenas aku, darling husband ordered nasi goreng American. Ok la not bad. Sebab dah lapar sangat kan. 

Malam tu, keluar lagi ke Aonang, nak cari pancake yang glamour sangat tu. Tapi sedih sebab jumpa satu je stall yang jual pancake ni. Mungkin sebab kami pergi tu hari Khamis, so tak banyak stall. So beli sahaja lah dari akak ni. Tapi tak best! Garing sangat dan mahal! Banana choc pancake dai 40 Baht. Terus banned stall dia. =(




2 comments:

~Ayu BnSyg~ said...

Banana choc yg Wani beli tu mahal compared to mine yg hanya berharga 250 Bath saje

Mrs Azhar said...

ayu, mmg mahal. 1st jumpa yg tu, sbb teruja beli je. rupanya x sdp. tp 2nd day kitorg jumpa yg sedap. dan harga 25o baht. =)

Post a Comment

Komen anda dialu-alukan.. Terima kasih daun keladi.. Lain kali datang la lagi.. =D