Bahagia Hingga ke Syurga. InsyaAllah. Amin..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak Solehah. InsyaAllah. Amin..

Sunday, July 10, 2011

Krabi Honeymoon #3

Assalamualaikum..

Sambung terus lah cerita bulan madu kami kali ni ye.

Ok lepas makan pancake yang tak sedap tu, kami teruskan pencarian pakej untuk keesokan harinya. Banyak sangat booth yang jual pakej yang sama. Kami decided untuk ambil pakej ke Phi-phi Island dulu. So survey punya survey, singgahlah kami di sini..

Booth Miracle Tour. Owner dia pun muslim, dan harga lebih murah daripada beberapa booth yang kami survey sebelum tu. Yang duduk di kaunter tu sangat friendly, jadi kawan kami sampai ke hari terakhir. Neen nama dia. Kami ambil pakej-pakej lain pun dengan dia, massage pun dengan dia juga. Haha. So untuk trip pertama kami di hari kedua di sana, kami dapat harga 800 Baht seorang. Tawar menawar untuk pertama kali dengan Neen ni gagal, dapat harga seperti tertera di whiteboard dia. Jadi 1600 Baht untuk Phi-phi island tour. Takpe, asalkan harga dia lebih murah dari booth lain yang kami tanya. Hari-hari seterusnya baru dapat special price. =)

Pagi yang ditunggu-tunggu. Breakfast di cafe hotel. Menu banyak, makanan pun best. Tu tukang buat scrambled egg pun manis bertudung. Gambar bawah sebelah kiri, home-made strawberry yogurt. Sedap! Makan dengan tenang, sebab kami keluar awal. Van datang jemput dalam pukul 8.30am untuk ke tempat berkumpul sebelum naik bot. Oh FYI, kami pilih speed boat untuk trip ni. Pakej di bawah company Aonang Speed Boat Tour.

Untuk Phi-phi island trip ni, ada 7 pulau yang akan bot singgah. Setip pulau yang kita turun diberi masa dalam 30 - 45 minit. Tengok keadaan juga lah sebab ada pulau yang kami singgah sekejap je sebab cuaca tak mengizinkan.. =(

See, awan hitam dah mula berarak. Masa ni lupa la pulau mana. Pileh Bay kot. Ok untuk trip ni, tempat-tempat yang disinggah: Lohsamah Bay, Pileh Bay, Monkey Bay, Maya Bay, Viking Cave, Phi-phi Don Island, Hin Klang dan Bamboo Island. 

Masa ni boat bawa kami lari dari awan hitam tu. Ada juga lah redah ombak besar dengan angin kuat dan hujan lebat. Basah dan terhentak-hentak naik bot tu. Masing-masing tengok gelagat masing-masing. =) Tu 2 orang anak mat salleh tu comel je, dah la duduk belakang, memang kesejukan lah.
Viking Cave. Yang ni tak turun dari boat pun. Photography and sightseeing only. Cave ni tempat orang kutip sarang burung. Cantik cave ni. Subhanallah..

Ok next entry aku akan cerita tentang trip ni lagi. Lepas Viking Cave ni kami ke Maya Bay. Cantik sangat tempat tu, rasanya semua tahu kot tempat tu jadi lokasi penggambaran filem "The Beach". 

6 comments:

rDnA said...

waaa best2 g jln2..bla yer nak sampai sini..

~Ayu BnSyg~ said...

Good choice. You ambik package ngan Miracle Tour. How's the pamphlet? Ada ambik ape2 dr pamphlet tu

Fiza Z. Abidin said...

tak sabar nak baca next entry :D

Mrs Azhar said...

rdna: best la.. =) insyaAllah nnt sampai la tu bila danial dh besar sket ke..

ayu: a ah dgn si Neen tu je sume pakej kitorg amik. Pamhplet ayu bg tu? Dah bercampur2 dgn yg kitorg amik jugk dh. Hehe. Tapi yang massage tu ayu bg miracle tour punye kan. kitorg dpt murah sket. =)

fiza, sabar ye.. =)

Anonymous said...

slm, hai.i nak tnya speed boat bahaya x utk pregnant women, y dah 6bln++..i punya trip next week, tringin jugak nak g those island, tp risau bila u ckp ombak besar n angin kuat..huuu..:(

Mrs Azhar said...

anonymous, hai, wslm.. hmmm i nk ckp pun xreti la sbb xde pengalaman pregnant. hihi. hmmm better masa kt sana before beli apa2 pakej, u tny dulu agent tu. kalo cuaca ok xde mslh kot. kalau yg thentak tu mgkn kejap je, xlama sgt. sbb kalau cuaca buruk sgt trip akan cancel. apa2 pun trip tu skali dgn insurans..

Post a Comment

Komen anda dialu-alukan.. Terima kasih daun keladi.. Lain kali datang la lagi.. =D