Bahagia Hingga ke Syurga. InsyaAllah. Amin..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak Solehah. InsyaAllah. Amin..

Sunday, September 18, 2011

Kenduri Kahwin19 Syawal

Assalamualaikum..

Untuk 17 September 2011 shaja, aku dapat 5 jemputan perkahwinan. 2 jemputan dari kawan sepejabat, 3 jemputan dari kawan sekolah. Tapi yang aku sempat hadir adalah 2 sahaja..

Yang pertama, di Beserah, Maziani sahabatku sejak sekolah rendah. Ada ikatan saudara mara juga dengan dia. Teringat dulu masa darjah 6 SK Galing, aku dengan dia bertugas menyusun buku di sudut bacaan sekolah. Dulu aku tinggi daripada dia, tapi sekarang ni dia tinggi sungguh! Aku shaja yang tak tinggi-tinggi selepas darjah 6. Huhu.

Antara hadiah yang nak dibawa. Satu lagi tu adalah untuk baby yang belum sempat kulawati. Hmmm..


Alamak puan pengantin terpejam mata pula

Borak sakan. Pengantin siap tunjuk-tunjuk batang hidung sendiri. Sebab aku tanya "siapa yang akan pindah?"

Ni wedding kedua, di Cenderawasih. Puan APD school aku mengajar, Alhamdulillah dah selamat kau, Nadhila. Berseri-seri si pengantin. =) Bergambar bersama-sama teman pensyarah.

Nampaknya aku menepati tema kedua-dua majlis, purple! Sebenarnya kebetulan, aku memang pilih baju tu sebab tak panas.

Untuk kedua-duanya, Maziani dan Nadhila, aku doakan mereka bahagia bersama suami, dapat melayari kehidupan berumah tangga dengan penuh kesabaran, dan semoga mereka kekal bahagia sehingga ke syurga, serta dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah. Amin...

6 comments:

~izan~ said...

musim org kawen skrg kan wani. akak pun rasa tempias sbb ada je org tnya pasal mekap n kek.mana yg sempat akak amik la,tp byk yg tak sempat hehe sbb cuti asben balik ari tu huhu

Mrs Azhar said...

k.izan, xpe la masa dgn husband akak tu lg berganda2 pentingnya dr tempahan2 tu semua kan.. =)

mama affan said...

wani..lama x singgah cni..sihat? sekamat hari raya..kalau ada fb add ryna kt fikaryna tau..:)

Mrs Azhar said...

hai ryna.. alhamdulillah sihat.. =) slmt hari raya juga.. owhh ok nnt wani add ye.

Hasnah said...

wahhh ikut tema pengantin purple! I like hehe

Mrs Azhar said...

asna, what a coincidence kan!

Post a Comment

Komen anda dialu-alukan.. Terima kasih daun keladi.. Lain kali datang la lagi.. =D