Bahagia Hingga ke Syurga. InsyaAllah. Amin..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak Solehah. InsyaAllah. Amin..

Monday, April 23, 2012

Update 36 Minggu

Alhamdulillah.. Tak sangka dah masuk 9 bulan pregnant. =)

Hari ni pergi jumpa doktor pakar. Berdebar-debar, macam baru first time. Doktor kata, setakat ni semua ok, syukur.. Air ketuban ok, kedudukan baby pun tak breech, tali pusat ok, dan baby pun dah mula masuk laluan sikit. Berat baby estimated dalam 2.7 - 2.8kg. Owhhh besar dah anak ibu dalam ni. Patut la berat je rasa. =) Masa doktor scan pun baby sibuk tendang-tendang. Tertonjol-tonjol kaki dengan punggung dia tu. Hihi. Tapi muka baby dah tak clear sangat sebab baby dah besar..

Doktor pakar pun dah booking siap-siap, wad semua pun dah booking. InsyaAllah, persiapkan mental je sekarang. Dan bersedia dengan segala kemungkinan bila-bila masa kalau baby nak keluar. "Baby, please bagi ibu at least seminggu je lagi ye sayang. Ibu nak habiskan kerja-kerja ISO ibu kat pejabat tu..". Beg hospital pun dah selamat masuk dalam kereta. Tinggal nak angkat barang-barang berpantang ke rumah ma je hujung minggu ni.

Harap-harap semuanya selamat.. Tak lama je lagi. Isk.

3 comments:

Cik Belle said...

Alhamdulillah.. syukur.. nanti dah deliver inform la.. boleh melawat baby kat hospital..

zurayusoff said...

hai salam kenal
dah nak bersalin dah yer
mesti rasa tak sabar nak melihat wajah sicomel kan
dalam masa yg sama pun pasti ada rasa takut kan?
hadapilah dgn tenang...semoga selamat semuanya
take care....

Fiza Zainal Abidin said...

wah tak lama je lagi..take care & byk kan berehat yer... :)

Post a Comment

Komen anda dialu-alukan.. Terima kasih daun keladi.. Lain kali datang la lagi.. =D