Bahagia Hingga ke Syurga. InsyaAllah. Amin..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak Solehah. InsyaAllah. Amin..

Friday, January 7, 2011

Keropok lekor paling best di Terengganu

Salam..

Hehe. Tiba-tiba je kan nak buat entry tajuk macamni. Alaaa ni kira tips jugak kan.. Berdasarkan pengalaman.. Walaupun my dad orang Terengganu, tapi info ni tak diketahui pun sebelum ni.. So untuk siapa-siapa yang mencari, mungkin ini boleh membantu. =)

Kalau sebut Terengganu, confirm lah ingat keropok lekor kan. Ingat Terengganu, ingat keropok lekor. Kat Kuantan banyak jugak keropok lekor. Tapi still tak sama dengan yang Terengganu.

Sebelum-sebelum ni, kalau pergi Terengganu, mesti singgah Pasar Payang. Kat sana cari keropok lekor Seberang Takir. Tu yang paling best. Best kat sini maksudnya banyak ikan la, bukan banyak tepung macam kat KL tu (oppss sorry orang-orang KL). Aku stay sana tak lama sangat dulu, so memang tak pernah jumpa keropok lekor sedap. 

Selain keropok lekor Seberang Takir, keropok losong pun dikatakan yang paling ok. Masa pergi TTI dulu (refer entry ni), kitorang menjelajah kawasan Losong untuk semata-mata nak makan keropok lekor Losong. Ada yang ok, ada yang so-so je..

Masa on the way back to Kuantan barulah ditakdirkan bertemu dengan keropok lekor yang betul-betul sedap!

Bagi kitorang la kan. Kalah keropok lekor Losong dengan Seberang Takir. Ni keropok lekor Kelulut. Kalau hala ke Kuala Terengganu, cari je signboard kuning tulis 'Keropok Lekor 008 Kelulut'. Sila la beli berbungkus-bungkus takut nanti menyesal beli sikit. Heheh.

Keropok lekor tu kalau goreng dia akan hitam. Maksudnya banyak isi ikan. Yang Kelulut ni 60% isi ikan. 

Sedap! Recommended!!

6 comments:

sharEna said...

ok. nti klu pegi tganu leh cari. kelulut. ok. ingat! =)

thanks for sharing.

keropok lekor alwayz my feberet =b

Mrs Azhar said...

u r most welcome. =)

kelulut tu nama tempat.. dkt2 marang rasanya. =)

Farrah said...

kalo kt kelulut menghala ke ktn, sy selalu beli kt kedai 994 ke 944.. signboard die kaler merah kuning..sedap jgk :)

Mrs Azhar said...

cik puan fara, owh ye ke? xperasan lak. nnt blh try kalau pegi KT lg. =)

Matjoe said...

sy pun penah makan. mak aihhh, paling sedap sy penah makan seumur hidup saya. sib baik eyriqazz yg perkenalkn. bila dh goreng mmg nmpk hitam dan huduh, tp rasanya mmg TERRRRRRRRRRRRBAIK

sy pun buat entry gak

Mrs Azhar said...

matjoe, sedap sgt kan?? mmg TERRRRRRRRRRBAIKKK!! =) oh ada review jugk? nk bc lah. hehe

Post a Comment

Komen anda dialu-alukan.. Terima kasih daun keladi.. Lain kali datang la lagi.. =D