Bahagia Hingga ke Syurga. InsyaAllah. Amin..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak Solehah. InsyaAllah. Amin..

Tuesday, January 18, 2011

Suami Jauh vs Suami Dekat

Salam..

Suami jauh vs suami dekat. Dua-dua keadaan tu aku pernah alami. Dulu keadaan yang pertama. Sekarang ni keadaan yang kedua, tapi yang pertama. Hmm?? Sekarang dah duduk sekali dengan darling husband, tapi hari ni si dia out station.. Perak pulak tu. Jauh... Maka boringlah aku.. Malamku tanpa bintang. Hukhuk. =(

Tapi takpe, insyaAllah esok habis training dia akan balik. Kadang-kadang aku rasa macam, ek eleh kau ni Wani. Padahal sebelum ni husband jauh, jumpa dua kali sebulan, boleh je lalui. Ye, memang boleh, tapi Allah je tahu macaman perasaan aku.

Suami jauh dengan suami dekat, dua-dua keadaan tu tak sama ok. Sekarang hari-hari jumpa pun aku tertunggu-tunggu dia balik kerja walaupun dia sampai rumah berapa minit je lepas aku sampai , kalau dia takde site job. Tapi tak sama dengan perasaan masa jauh dulu. Masa tu tunggu dia sampai, berdebar-debar. Padahal dah lebih 10 tahun bersama. 

Entah lah. Itu semua kurniaan Allah. Masa yang Allah kurniakan ni kitorang gunakan sebaik-baiknya untuk bersama. Dating la sepuas-puasnya. =D Aku percaya, bila dah ada anak nanti, keadaan tak sama. So ada hikmahnya Allah belum kurniakan lagi rezeki itu untuk kitorang..Tapi doa dan usaha tetap diteruskan..

Hmmm... Sekarang aku tengah layan movie Ngangkung kat bilik. Semalam beli cd ni, balik rumah tengok dengan darling husband, tapi aku tak sempat tengok habis. Tak tahu la kenapa sekarang ni asyik-asyik mengantuk. Banyak toksin agaknya aku ni. Itu pasal lah aku gemuk! Urghhhh!!!

............................................................................................................................... rindu awak la, hubster.............

11 comments:

eMMe said...

wani, mr Hub me pun selalu gak outstation, sesekali rasa rehat...hehehe..tapi mmg memerlukan kesabaran/keimanan yg besar kan...so, kite kene la berdoa setiap hari, Allah mengeratkan kasih sayang kita. Amin...~

Mrs Azhar said...

emme, sesekali kena jugk bjauhan kn.. so kita akan rs pbezaan & belajar how to cope with the situation. ye, insyaAllah doa tu takkan putus.. =)

sharEna said...

byk toksin sbb tu gemuk ekk?
nk buang toksin kene minum green tea lah
bagus utk kesihatan jugak
xpon beli detox patch yg tampal kt tapak kaki tu
tp mahal sket arr dr green tea =)

Mrs Azhar said...

sharena, wani rs la slh satu punca kegemukan & kemengantukan wani di siang hari, adalah toksin. green tea xpnh minum. sdp tak? hehe. yg detox patch tu penah pakai, ada lg stok kt umah, tp skrg dh jrg. takde disiplin kn? isk2

izan_cute said...

salam kenal...

tq sudi drop komen kat blog saya... suami izan pun jauh berjuta batu tgh lautan.jumpa 2-3bulan sekali..tp itu lah,dkt ke jauh ke kita tetap tnggu bila dia nak balik =D

ada anak pun bley dating2 jugak tau hehehe,insyaAllah ada rezeki tu nanti...Amin.

Mrs Azhar said...

izan_cute, akak mmg tabah sgt kn. insyaAllah rezeki akan tiba, cuma cpt dgn lmbt je.. =)

izan_cute said...

kena tabah dan terpaksa tabah sebab mmg itu kehidupan yg ditentukan untuk akak,dok jauh2 berbulan2,huhu...

lupa akak nk tnya,kuantan kt mana? =D

Mrs Azhar said...

wani kagum sgt dgn akak. tp tu lah, dlm hati akak menanggung, Tuhan je yg tau kn? kuantan dekat balok.. selalu je pergi megamall & ecm tu.. =)

izan_cute said...

oo Balok... kalau dah dalam kuantan tu memang sekat aje la kan..pegi balik mmg situ je la peginya..ECM,mega hehe..mana tahu satu hari nanti boleh jumpa..hehe...

take care tau.

**cari mood smula jln2 kat blog kwn2..blog adik =D

Mrs Azhar said...

hehe. dah mmg duk sini. itu jela yg plg best kot.

** cari mood eh. wani sj nak buang masa ni. tggu husband blk tgh mlm ni

akak take care jugk

dialicious said...

heheh..so sweet comel je..sementara berdua ni manjalah puas2..

Post a Comment

Komen anda dialu-alukan.. Terima kasih daun keladi.. Lain kali datang la lagi.. =D