Bahagia Hingga ke Syurga. InsyaAllah. Amin..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak Solehah. InsyaAllah. Amin..

Monday, January 17, 2011

Movie Khurafat. Best ke??

Salam..

Berapa hari dah aku tak buat new entry ni. Sibuk sikit, bila dah nak bukak new semester, bermula la kesibukan aku selaku salah satu ahli unit jadual waktu. Haishhh.. Betapa bagusnya kalau tiada pelajar yang repeat subjek. Susah tau nak arrange jadual korang-korang yang failed. Kalau kat IPTA tu pandai-pandai sendiri la siapa yang failed tu cari slot yang suit with your jadual kan. Hushhh...!! And also, para-para pensyarah yang dapat jadual tu, please jangan banyak complaint ok. Please appreciate what we've done. Pandai-pandai la arrange dengan your students nanti.

Malam semalam aku ajak darling husband tengok Khurafat. Sabtu Ahad si dia kerja, so Ahad dia balik awal, aku ajak la dia for movie. Asalnya tengok Melodi buat review, macam best je cerita tu. Tapi ada jugak search kat internet, ada blogger cakap tak best langsung, ada yang cakap best. Lain orang lain pendapat kan..
Malam tu kitorang tengok show pukul 8.30pm kat Megamall. Malas pergi ECM sebab tak nak crowded. Ramai la jugak manusia dalam panggung tu..

Bagi aku.. Cerita tu ok la, takde la best sangat, takde la tak best sangat pun. Biasa-biasa je. Modal dia adalah sound effect yang amat kuat masa hantu muncul, and scene terkejut-terkejut yang agak typical. Tapi, pengajaran dia bagus. Aku seram la jugak masa scene Syamsul bawak mayat siap kafan tu dalam hutan. Eiiiii dah la malam-malam. Ada pulak scene mayat tu tergolek-golek. Pocong. Eiii...


Darling husband banyak jugak komen. Haha. Sorry sayang, i rasa memang abang banyak pulak cakap semalam. ;-). Overall, aku bagi 3.5 bintang out of 5. Boleh pulak setengah-setengah ek. Hehe. 


6 comments:

asna cute said...

asna xdpt nk g tgk. review tgk smlm kat TV3 mcm best jer.. tp byk aksi tkejut2 takut jugak nk tgk hehe

Mrs Azhar said...

asna mmg xboleh tgk. bahaya tau mummy. hehe

mr wani said...

cite yg gune modal bunyi yg abis kuat sambil antu tibe2 muncul dpn muke.

Mrs Azhar said...

mr wani sayang, hehe. time kasih ye bg pinjam bahu buat tutup muka. ;-)

eMMe said...

seram sgt ke wani? mE ni penakot skit, confirm mE jerit dulu, sebab mE jerit je, org lain leh terkejut, hahaha..tak takot pun jadi takot tau, hahha...

Mrs Azhar said...

emme, seram jugak la.. not bad. ms kitorang tgk tu pun ada yg kena gelak sbb dia sorg tjerit lebih. maybe tkejut kot. haha

Post a Comment

Komen anda dialu-alukan.. Terima kasih daun keladi.. Lain kali datang la lagi.. =D