Bahagia Hingga ke Syurga. InsyaAllah. Amin..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak Solehah. InsyaAllah. Amin..

Monday, January 10, 2011

Surat Cinta

Salam..

Hekhek. Tiba-tiba. Alkisahnya, esok genap la sebulan kitorang jadi suami isteri jarak dekat. Hihi. Kecoh! Hurmmm.. Biar lah!

Perkembangan sekarang, masih lagi bermastautin di rumah parents aku.. Tapi sudah membeli dan meng'usha' survey-survey barang keperluan rumah sikit-sikit.. Akan menetap di rumah sewa lepas ni. Masih belum mampu membeli rumah.. Takpe, aku percaya rezeki akan sentiasa ada.. Cuma kita perlu bijak menguruskan dan dahulukan yang penting-penting dulu..

So sambung balik alkisahnya.. Ada apa dengan tajuk entry 'surat cinta'? Sekarang ni kan busy mengemas barang-barang.. Hadiah kahwin pun aku tak habis selongkar lagi. Haha. Eh eh dah dekat setahun kahwin rupanya??

So bila selongkar-selongkar, kemas-kemas barang yang dibawa dari rumah sewa darling husband kat Kedah tu, aku terjumpa la satu kotak oren.. Tengok dalam, rupanya koleksi surat-surat, nota-nota, kad-kad dan poskad-poskad cinta yang aku kirim sepanjang aku berchenta. Haha. Jiwang! Bayangkan, dari tahun 2000 sampai 2010, berutusan surat etc. Owhhh terima kasih sangat-sangat Pos Malaysia! =D

 Collection 2000 - 2010.

Ini juga. Tapi ni koleksi surat chenta. Yang atas tu kad birthday, anniversary, kad raya, poskad etc.

Hmmmm... Saje je nak mengimbau dan mencatatkan kenangan masa dulu-dulu. Kitorang couple yang jarang sangat berjumpa. Masing-masing ada komitmen. 1 tahun je dekat masa sekolah, then sambung belajar dan kerja jauh-jauh. Dari zaman susah-susah dulu pakai handphone cikai, kumpul syiling untuk bergayut kat public phone 2@3 minggu sekali.. 

Ye... Surat-surat tu semua jadi penghubung. Even pos hadiah birthday @ anniversary pun pakai pos laju. Hehe. Semua tu kenangan manis. Isi kandungan surat pun bukanlah jiwang-jiwang karat semua tu. Kitorang siap ada perjanjian macam nak bertanding. Siapa yang paling excellent (masa tu dua-dua students). 

Banyak. Banyak sangat-sangat kenangan dalam surat-surat ni semua. Susah senang aku bergelut dengan macam-macam sakit masa study, suka duka aku, semua lah.

Aku akan simpan semua ni selagi boleh simpan... InsyaAllah..

** Ni semua koleksi dari aku utnuk dia. Koleksi dari dia untuk aku pun ada aku simpan. Dalam kotak lain, tapi kotak oren jugak. Kebetulan sama warna. =)



7 comments:

E K A said...

wa...bestnya korang...boleh disimpan sbg kenangan.then tunjuk kat cucu cicit nanti..."ha ini la atok ko anta surat kat nenek dulu"ececey...eka tak de la kenangan surat cinta dgn en somi.

neway happy anniversary dear

Mrs Azhar said...

haha. eka, mmg pnh ckp mcmtu pun. dialog dgn cucu. hihi. kenangan ni seumur hidup kan.. mesti kena simpan. berharga sgt2 ni.. =D eh eh awalnye eka wish. nx mth br anni kitorg. anyway thanks dear!

GeeAziah said...

mmg ader simpan surat2 cintan zman dolu2 dlm kotak kcik..
ble tgk2 n bca blik mmg klaka jek rse nyer...hehe
teringt zman2 bchenta
tp harraz mmg suke sgt2 main kotak tu..ktorg siap bg glaran kotak cinta lg..hehe

fikaryna said...

waa..romantiknya korang..simpan jgn x simpan..kenangan 2..:)

Mrs Azhar said...

gee, haha kotak cinta ek. harraz nak cuba memahami tu.. itu antara salah satu asas kewujudan harraz. haha

ryna, romantikssss itu perlu! hahah

eMMe said...

Salam Wani, mE n Mr HuB, takde surat Cinta, percintaan kami pun tak lama, terus ikat, so, takde jiwang2 la nak wat surat cinta, tak tau la, dia simpan tak kad cinta me kasi dia. tak tanye lak, dgn kisah2 lame2 dulu ade la, tapi dah buang, tak mo simpan.

Mrs Azhar said...

salam emme, xpe la bgs jugk bcinta lps kawen. hehe. kitorg tempoh bcinta tu lama sgt, duduk lak jauh2, pastu dgn komitmen study & keje ms tu, xde ikatan pe2, haruslah byk koleksi kiriman surat chenta. heheh..

Post a Comment

Komen anda dialu-alukan.. Terima kasih daun keladi.. Lain kali datang la lagi.. =D