Bahagia Hingga ke Syurga. InsyaAllah. Amin..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak Solehah. InsyaAllah. Amin..

Tuesday, February 1, 2011

Wedding Seri & Alan

Salam..

Sambung cerita sebelum ni, lepas dah selamat shopping di IKEA dan Jusco, esoknya pukul 12pm check out hotel dan terus ke dewan. Dewan Raja Musa kot nama dia. Lupa dah. Owhh sebelum check out tu kitorang sempat pusing-pusing bandaraya Shah Alam tu. Tengok perkembangan terbaru. Mengimbas kenangan masa belajar kat UiTM.. Apa-apa pun, UiTM tetap di hatiku.. =)

Sampai dewan tak ramai lagi tetamu. So rilex dulu dalam kereta, borak-borak, snap-snap gambar.. Lagipun hujan, malas nak turun awal. Tapi park kereta betul-betul depan dewan. 
Sebelum check out. Sibuk nak pose depan bilik.

Camwhoring~~

Hadiah special (pengantin cakap hadiah nakal). Kad ucapan pun special. =)

Penari mengiringi pengantin sambil tabur-tabur bunga. Almak tak nampak pulak muka Alan.

Pelamin roman. Cantik kan. Maaf makcik dan pakcik, sengaja tak nak bagi glamour. =p

Persembahan silat. 

Lama sangat tunggu nak bergambar dengan pengantin, aku jumpa kawan-kawan masa belajar dulu. Seronok sangat. Masing-masing bawak suami, bawak perut, bawak anak.. Gambar ni, aku tengah usik anak Zac (Fahima - kanan), tapi tak nampak pulak muka si Darwisy tu. Kak Yat (kiri) tengah sarat carry baby girl 8 bulan dalam perut tu. Zac pulak anak dah 3 tahun. Aku pulak? Masih berbulan madu. ;p

Kiri aku: Suami Kak Fizah, Kak Fizah (masih berbulan madu). Kanan aku: Suami Kak Yat, Kak Yat

 Darling husband sempat captured gambar pengantin masa kitorang sibuk berborak.

Nak bergambar dengan pengantin di meja makan beradap, tapi tak dibenarkan sebab protokol #%^^%^&$%^.
So kitorang membuat onar di situ. =D

At last, dapat jugak tangkap pengantin untuk bergambar. Ni je yang dapat bergambar bersama sebab macam berebut-rebut dengan orang lain. Ramai lagi kawan-kawan lain tapi jumpa dan borak je tak sempat bergambar sangat. Si pengapit Hasni kat sebelah kanan aku tu makeup macam overshadow pengantin je kan? =D

Owh dah habis gambar nak upload. Itu sahaja. Wedding Seri Wardati & Mohd Azlan. @ mini gathering bekas pelajar SUG batch kitorang.

Monday, January 31, 2011

Dating @ IKEA

Salam..

Since Ahad 30/1/11 ada kenduri kahwin kawan di Shah Alam, aku decide untuk ajak darling husband cari barang kelengkapan rumah di IKEA. Excited surf katalog IKEA, list down barang-barang yang nak dibeli. Nasib baik darling husband setuju untuk pergi awal sehari and boleh shopping! =D 

 
Kami bertolak pagi Sabtu, singgah IKEA, then baru ke Shah Alam dan bermalam di hotel. Malam tu sempat singgah rumah Anjang di Bukit Rimau..

Satu lagi tujuan sampingan pergi IKEA, aku nak rasa meatball IKEA yang agak famous tu. Sesuai la sampai je IKEA, dalam pukul 1pm, perut pun lapar dah. Ramai la jugak manusia. Weekend kan.



Dia dah kenyang la tu. Tu meatball aku ada lagi 2 biji. Berusaha keras cuba habiskan tapi failed. 

Lepas dah kenyang perut suka hati, baru lah sambung untuk shopping. Mula-mula sampai tu window shopping je dulu. Sebab, tips untuk shopping, mesti shopping masa perut kenyang. Barulah tak terlalu mengikut nafsu dan lebih tenang... Hasilnya, barang tak penuh kereta pun. Penuh bonet kereta jek. =)

Beg kuning masih ringan..


 Nak beli langsir untuk bilik mandi. Tapi tak berkenan pun..


Tu jelah gambar. Apa yang dibeli? Hmmmm tak banyak pun. Tak sampai setengah ribu RM pun.. =)
Aku beli non-stick pan, work lamp untuk abah dan Arissa, floor lamp, penyangkut-penyangkut macam-macam jenis tu, apa lagi ntah. Lupa dah. InsyaAllah akan digunakan sebaiknya di rumah kami nanti.. 

Pukul 4pm ++ gerak ke Shah Alam sebab hotel kena check in before 5pm. Sampai ngam-ngam lagi beberapa minit pukul 5pm. Malam tu sebelum pergi rumah Anjang sempat lagi ajak darling husband pergi Jusco Bukit Raja. =)
Esok lah baru story pasal wedding.




Friday, January 28, 2011

Beg kacang aka beanbag

Salam...

Siapa yang ada beg kacang ni? Atau pun nama glamour beanbag. Hihi. 

Dulu pernah post status kat facebook. Tanya mana nak dapat beanbag ni .Ada yang suggest Aussino. Aku dah pergi tanya. Hampa. '__'. Ada jugak yang pernah beli di KL tapi macam mahal je harga dia.

Dari pengamatan aku la kan, beanbag ni sangat best. Comfy. Sebenarnya sekarang ni kan aku dan darling husband tengah sibuk-sibuk nak masuk rumah sendiri. So aku dah angan-angan macam-macam benda la. Selain sofa yang empuk, beanbag ni salah satu idaman hati. 


Ni antara yang biasa ditemui la. Overseas banyak. Malaysia tak banyak pulak.

Owhh yang ni kalau jumpa kat Malayisa memang aku nak sangatttt!! Sexay! 

Yang ni, kalau budak-budak mesti takut nak duduk.


Ni pun sama. Aku tak takut, aku geli. 

Tengok, handphone pun ada beanbag dia sendiri tau. Mana i tak jealous. 


Ni pun macam best. Pillow beanbag. Macam-macam style.

Best kan?

Thursday, January 27, 2011

Oreo Cheesecake.. Yummeyhh!!

Salam..

Kali ni aku terasa nak story tentang oreo cheesecake. Aku ni suka sangat collect resipi. Tapi try buat resipi tu jarang sikit. Tengok masa yang available. Eh macam tipu je. Sebenarnya tengok kerajinan yang ada. =)

Oreo cheesecake ni kali kedua aku buat. Sebelum ni tak sempat snap gambar. Ni pun setelah adik-adik dengan darling husband request. Aku sebenarnya tak ada talent pun bab-bab buat kek ni. Biasa aku buat kek batik (ye ye tahu, kek ni semua orang pandai buat), kek pandan layer, kek coklat kukus yang sangat moist. Tu je kot.Kadang-kadang jadi, kadang-kadang tak jadi. Tapi yang aku list kan ni semua yang jadi lah. Yang tak jadi tu aku tak nak ingat dah. '__'

So nak selamat, pilih resipi yang sangat simple. Oreo cheesecake yang tak perlu bakar, tak perlu kukus, tak perlu banyak steps, tak perlu guna telur. Masuk dalam fridge je.


 Ok. The steps are:

(1) Antara bahan-bahan penting. Cream cheese 250g, whipping cream sekotak kecil, oreo 2 paket, fresh milk 80ml. Bahan lain adalah gula castor 80g, butter sikit dan agar-agar cair / gelatin halal (untuk kentalkan kek).

(2) Cream oreo yang dah selamat dikeluarkan. Arissa adik bongsu aku suka sangat ratah cream ni, so aku keluarkan lah. Kalau tak ada orang yang nak ratah, aku campur je dalam bahan-bahan cheesecake ni.

(3) Biskut oreo yang dah dibuang cream. Ada yang aku kisar halus, ada yang tak kisar. Yang kisar untuk buat base cheesecake. Yang tak kisar untuk hiasan atas dan tengah-tengah kek.

(4) Oreo kisar digaul dengan butter yang dah dicairkan. Mampat-mampatkan sepenuh hati, then masukkan dalam fridge. Boleh move to the next steps.


Sebelum nombor (5) tu, pukul cream cheese dan gula castor sampai jadi ringan, then masukkan pula fresh milk dengan whipping cream. Masukkan agar-agar cair sambil pukul lagi adunan.

(5) Tuang separuh dari adunan ke atas base yang dah disejukkan tadi.

(6) Susun beberapa keping oreo ke atas lapisan pertama.

(7) Aku tabur jugak sikit oreo kisar. Oh lupa nak cakap. Adunan tu pun aku letak sikit oreo kisar. Kalau tak nak pun takpe, so adunan jadi putih melepak. =)

(8) Tuang baki adunan untuk jadikan lapisan kedua..


(9) Susunan oreo aku tak cantik sebab tak perasan ada lagi biskut yang tinggal. Ingatkan dah habis, so susun je ikut suka hati. 

(10) dan (11) Hasil oreo cheesecake aku. Ini je yang sempat aku snap. Tu pun terpaksa sorok takut adik-adik aku Arissa and Ariff kerjakan. 

Alamak. Lapar...

Thursday, January 20, 2011

20012011 :: 11 bulan yang penuh kegembiraan =)






Alhamdulillah.. 11 bulan. 333 hari. =)

Walaupun ada kalanya dugaan menimpa, sunyi, sakit, jauh.. Tapi kegembiraan yang dikecapi mengatasi segala nikmat yang Dia kurniakan selama 333 hari ini..

Syukur..
Terima kasih Allah.
Terima kasih darling husband.


~~ Can't wait 20022011 ~~

Tuesday, January 18, 2011

Suami Jauh vs Suami Dekat

Salam..

Suami jauh vs suami dekat. Dua-dua keadaan tu aku pernah alami. Dulu keadaan yang pertama. Sekarang ni keadaan yang kedua, tapi yang pertama. Hmm?? Sekarang dah duduk sekali dengan darling husband, tapi hari ni si dia out station.. Perak pulak tu. Jauh... Maka boringlah aku.. Malamku tanpa bintang. Hukhuk. =(

Tapi takpe, insyaAllah esok habis training dia akan balik. Kadang-kadang aku rasa macam, ek eleh kau ni Wani. Padahal sebelum ni husband jauh, jumpa dua kali sebulan, boleh je lalui. Ye, memang boleh, tapi Allah je tahu macaman perasaan aku.

Suami jauh dengan suami dekat, dua-dua keadaan tu tak sama ok. Sekarang hari-hari jumpa pun aku tertunggu-tunggu dia balik kerja walaupun dia sampai rumah berapa minit je lepas aku sampai , kalau dia takde site job. Tapi tak sama dengan perasaan masa jauh dulu. Masa tu tunggu dia sampai, berdebar-debar. Padahal dah lebih 10 tahun bersama. 

Entah lah. Itu semua kurniaan Allah. Masa yang Allah kurniakan ni kitorang gunakan sebaik-baiknya untuk bersama. Dating la sepuas-puasnya. =D Aku percaya, bila dah ada anak nanti, keadaan tak sama. So ada hikmahnya Allah belum kurniakan lagi rezeki itu untuk kitorang..Tapi doa dan usaha tetap diteruskan..

Hmmm... Sekarang aku tengah layan movie Ngangkung kat bilik. Semalam beli cd ni, balik rumah tengok dengan darling husband, tapi aku tak sempat tengok habis. Tak tahu la kenapa sekarang ni asyik-asyik mengantuk. Banyak toksin agaknya aku ni. Itu pasal lah aku gemuk! Urghhhh!!!

............................................................................................................................... rindu awak la, hubster.............

Monday, January 17, 2011

Movie Khurafat. Best ke??

Salam..

Berapa hari dah aku tak buat new entry ni. Sibuk sikit, bila dah nak bukak new semester, bermula la kesibukan aku selaku salah satu ahli unit jadual waktu. Haishhh.. Betapa bagusnya kalau tiada pelajar yang repeat subjek. Susah tau nak arrange jadual korang-korang yang failed. Kalau kat IPTA tu pandai-pandai sendiri la siapa yang failed tu cari slot yang suit with your jadual kan. Hushhh...!! And also, para-para pensyarah yang dapat jadual tu, please jangan banyak complaint ok. Please appreciate what we've done. Pandai-pandai la arrange dengan your students nanti.

Malam semalam aku ajak darling husband tengok Khurafat. Sabtu Ahad si dia kerja, so Ahad dia balik awal, aku ajak la dia for movie. Asalnya tengok Melodi buat review, macam best je cerita tu. Tapi ada jugak search kat internet, ada blogger cakap tak best langsung, ada yang cakap best. Lain orang lain pendapat kan..
Malam tu kitorang tengok show pukul 8.30pm kat Megamall. Malas pergi ECM sebab tak nak crowded. Ramai la jugak manusia dalam panggung tu..

Bagi aku.. Cerita tu ok la, takde la best sangat, takde la tak best sangat pun. Biasa-biasa je. Modal dia adalah sound effect yang amat kuat masa hantu muncul, and scene terkejut-terkejut yang agak typical. Tapi, pengajaran dia bagus. Aku seram la jugak masa scene Syamsul bawak mayat siap kafan tu dalam hutan. Eiiiii dah la malam-malam. Ada pulak scene mayat tu tergolek-golek. Pocong. Eiii...


Darling husband banyak jugak komen. Haha. Sorry sayang, i rasa memang abang banyak pulak cakap semalam. ;-). Overall, aku bagi 3.5 bintang out of 5. Boleh pulak setengah-setengah ek. Hehe. 


Monday, January 10, 2011

Surat Cinta

Salam..

Hekhek. Tiba-tiba. Alkisahnya, esok genap la sebulan kitorang jadi suami isteri jarak dekat. Hihi. Kecoh! Hurmmm.. Biar lah!

Perkembangan sekarang, masih lagi bermastautin di rumah parents aku.. Tapi sudah membeli dan meng'usha' survey-survey barang keperluan rumah sikit-sikit.. Akan menetap di rumah sewa lepas ni. Masih belum mampu membeli rumah.. Takpe, aku percaya rezeki akan sentiasa ada.. Cuma kita perlu bijak menguruskan dan dahulukan yang penting-penting dulu..

So sambung balik alkisahnya.. Ada apa dengan tajuk entry 'surat cinta'? Sekarang ni kan busy mengemas barang-barang.. Hadiah kahwin pun aku tak habis selongkar lagi. Haha. Eh eh dah dekat setahun kahwin rupanya??

So bila selongkar-selongkar, kemas-kemas barang yang dibawa dari rumah sewa darling husband kat Kedah tu, aku terjumpa la satu kotak oren.. Tengok dalam, rupanya koleksi surat-surat, nota-nota, kad-kad dan poskad-poskad cinta yang aku kirim sepanjang aku berchenta. Haha. Jiwang! Bayangkan, dari tahun 2000 sampai 2010, berutusan surat etc. Owhhh terima kasih sangat-sangat Pos Malaysia! =D

 Collection 2000 - 2010.

Ini juga. Tapi ni koleksi surat chenta. Yang atas tu kad birthday, anniversary, kad raya, poskad etc.

Hmmmm... Saje je nak mengimbau dan mencatatkan kenangan masa dulu-dulu. Kitorang couple yang jarang sangat berjumpa. Masing-masing ada komitmen. 1 tahun je dekat masa sekolah, then sambung belajar dan kerja jauh-jauh. Dari zaman susah-susah dulu pakai handphone cikai, kumpul syiling untuk bergayut kat public phone 2@3 minggu sekali.. 

Ye... Surat-surat tu semua jadi penghubung. Even pos hadiah birthday @ anniversary pun pakai pos laju. Hehe. Semua tu kenangan manis. Isi kandungan surat pun bukanlah jiwang-jiwang karat semua tu. Kitorang siap ada perjanjian macam nak bertanding. Siapa yang paling excellent (masa tu dua-dua students). 

Banyak. Banyak sangat-sangat kenangan dalam surat-surat ni semua. Susah senang aku bergelut dengan macam-macam sakit masa study, suka duka aku, semua lah.

Aku akan simpan semua ni selagi boleh simpan... InsyaAllah..

** Ni semua koleksi dari aku utnuk dia. Koleksi dari dia untuk aku pun ada aku simpan. Dalam kotak lain, tapi kotak oren jugak. Kebetulan sama warna. =)



Friday, January 7, 2011

Keropok lekor paling best di Terengganu

Salam..

Hehe. Tiba-tiba je kan nak buat entry tajuk macamni. Alaaa ni kira tips jugak kan.. Berdasarkan pengalaman.. Walaupun my dad orang Terengganu, tapi info ni tak diketahui pun sebelum ni.. So untuk siapa-siapa yang mencari, mungkin ini boleh membantu. =)

Kalau sebut Terengganu, confirm lah ingat keropok lekor kan. Ingat Terengganu, ingat keropok lekor. Kat Kuantan banyak jugak keropok lekor. Tapi still tak sama dengan yang Terengganu.

Sebelum-sebelum ni, kalau pergi Terengganu, mesti singgah Pasar Payang. Kat sana cari keropok lekor Seberang Takir. Tu yang paling best. Best kat sini maksudnya banyak ikan la, bukan banyak tepung macam kat KL tu (oppss sorry orang-orang KL). Aku stay sana tak lama sangat dulu, so memang tak pernah jumpa keropok lekor sedap. 

Selain keropok lekor Seberang Takir, keropok losong pun dikatakan yang paling ok. Masa pergi TTI dulu (refer entry ni), kitorang menjelajah kawasan Losong untuk semata-mata nak makan keropok lekor Losong. Ada yang ok, ada yang so-so je..

Masa on the way back to Kuantan barulah ditakdirkan bertemu dengan keropok lekor yang betul-betul sedap!

Bagi kitorang la kan. Kalah keropok lekor Losong dengan Seberang Takir. Ni keropok lekor Kelulut. Kalau hala ke Kuala Terengganu, cari je signboard kuning tulis 'Keropok Lekor 008 Kelulut'. Sila la beli berbungkus-bungkus takut nanti menyesal beli sikit. Heheh.

Keropok lekor tu kalau goreng dia akan hitam. Maksudnya banyak isi ikan. Yang Kelulut ni 60% isi ikan. 

Sedap! Recommended!!

Monday, January 3, 2011

2010 kenangan terindah

Salam..

Belum lagi terlambat nak ucapkan selamat datang 2011.. Selamat tinggal 2010.. =)

Alhamdulillah kita melangkah setahun lagi ke hadapan. Semoga dengan kedatangan 2011 akan menyaksikan kita lebih berjaya dalam segala segi..

2010, kenangan terindah sepanjang hidupku. Tanggal 20 Februari 2010 aku menjadi isteri orang. 

Doakan 2011 aku menjadi seorang ibu pula. =) Dan isteri yang lebih baik untuk darling husbandku. =)

Friday, December 31, 2010

Award Blog Cantik. Ermm.. Cantik ke?? =D

Salam..

Ni dari cik puan manis kita, Eka. Thanks ye Eka! Lepas ni jangan lupa melawat Taman Tamadun Islam tu ye. Hehe.

Ni aku pun tak paham kenapa Eka bagi award blog cantik ni kat aku. Hihi sorry Eka jangan marah. Eka suka gambar kahwin kitorang kat sidebar ni kan. Tapi kitorang lagi suka! =D

Cakap pasal blog cantik ni, aku sebenarnya kurang gemar blog yang serabut-serabut or terlalu banyak sangat gambar-gambar yang berkelip-kelip ke apa. Lagi pulak kalau masa-masa broadband slow, loading macam siput. Tapi aku suka blog yang banyak letak link, contohnya macam blog Eka tu lah. Hehe ni bukan bodek ke apa, tapi betuk. Aku cari blog untuk shopping dari blog dia lah. Hehe thanks again cik puan Eka. =)

Alamak lupa pulak nak jawab soalan untuk syarat terima award ni.

6 favorite artis/group/singer: (alamak ni susah jugak nak jawab, heheh)

1. Diana Danielle - comel dan cantik
2. Mia Sara Nasuha - nak anak comel dan petah macam dia
3. Lisa Surihani - ni pun sebab dia comel dan lembut je gaya
4. KRU - kreatif buat lagu dan filem
5. Maher Zain - lagu best
6. Wali Band - lagu best jugak

Tag 10 orang blogger utk menerima award ini.



Ermmm sesiapa jelah kalau nak. Silakan ambil award ni. =)

Thursday, December 30, 2010

Taman Tamadun Islam

Salam...

Sambungan kisah sebelum ini. Kali ni aku nak story sikit pasal TTI ni. Dan boleh jugak jadi panduan (hopefully) kepada sesiapa yang nak tahu lebih lanjut tentang TTI ni. Hehe.


Ok. Sebelum ni aku ada tunjuk passport yang pelawat akan dapat once kita masuk edutainment park tu. Dalam passport tu ada kesemua 21 monumen berserta sedikit catatan sejarah monumen-monumen tu. Aku rasa aku melawat semua kot, tapi takde la snap gambar semua. Yang mana menarik hati encik fotografer aku aka darling husband dan juga encik Nikon, itu lah yang disnap.

Ni sesi tayangan video yang pertama. Sebenarnya masa ni kitorang dengan ada la satu family tu dah siap ambil seat duduk dalam tram. Tunggu la si driver tram tu, alh-alih dia suruh masuk auditorium dulu tengok video. Yang ni pasal Masjid Negara.. Ada berapa je monumen yang disediakan tayangan video ni. Tak ingat lah.


Inilah monumen Masjid Negara Malaysia.. Kecik comel jek. Tapi macam real. Tu kat sebelah kiri tu dia cat lantai tu nampak real macam kolam. Masjid ni ambil konsep payung diraja. Bumbung dia menggambarkan payung terbuka, menara dia menggambarkan payung tertutup. *On the way balik dari Terengganu aku nampak ada satu masjid kat sana yang ikut konsep payung ni.

Yang ni bukan masjid, tapi kubah. Kubah As-Sakhrah. Terletak di Palestin. Kubah ni menaungi batu suci kat atas Gunung Moriah. Batu tu tergantung, dikatakan nak ikut Nabi Muhammad saw berjumpa Allah swt.


Kitorang masuk dalam kubah ni, comel je pintu masuk dia. Dalam tu ada la replika batu suci tu..

Haa ni rupa interior kubah tu. Cantik kan?

Yang ini pula.. Ermmm.. Masjid Kul Sharif di Rusia. Dibangunkan semula setelah dibiarkan musnah.

Yang ni macam kuil, tapi sebenarnya masjid jugak. Dalam gambar ni pun nampak nama dia Xian Mosque. Located in China. Kedudukan masjid ni menghadap kiblat.

Masjid ni ala-ala macam Taj Mahal. Pattani Central Mosque, Thailand.

Ini Taj Mahal. Yang belakang tu ye. Yang depan pegang payung CIMB merah tu bukan Taj Mahal, tapi 'Yang Mahal'. =D
Masjid ni kat Brunei, Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin (nama Sultan Brunei ke 28). Kubah Emas masjid ni adalah binaan tertinggi di Brunei.


Ok itu sahaja monumen yang kitorang snap. Sikit je kan. Yang lain-lain tu, masjid Kudus Minar (Indonesia), Masjid Badshahi (Pakistan), Great Mosque of Samarra (Iraq), Masjid Sheikh Lutfallah (Iran), Abu Nasr Parsa (Afghanistan), Masjidil Haram (Mekah) - yang ni masih under construction masa aku pergi, Aleppo Citadel (Syria), Masjid Mohamed Ali (Egypt), Masjid Nabawi (Madinah), Masjid Suleyman (Turki), Masjid Qairawan (Tunisia), Istana Al-Hambra (Sepanyol), Menara Kaylan Minaret (Uzbekistan) dan Masjid Agadez (Nigeria). Cukup ke 21 monumen ek? Cuba korang kira. Hehe..



Haa yang ni destinasi seterusnya. Masjid Kristal. Dekat je dengan TTI tu. Tapi better bawak kereta park kat depan masjid ni terus. Masa ni pun still hujan. 

Maka...

Ermmm... No comment!


Cantik kan masjid ni.. =)


Balik tu kitorang menjelajah kawasan Losong mencari keropok lekor yang sedap. Tak sah la kalau pergi Terengganu tak beli keropok lekor kan. Tapi rupa-rupanya ada keropok lekor yang lebih sedap dari keropok Losong. Next entry lah pulak story.

Daaa...


p/s: Owhh owhh esok Public Holiday sempena Malaysia menang AFF Suzuki Cup semalam. Yeayyy boleh ajak 'si comel' survey barang-barang kelengkapan rumah lagi. =)


Monday, December 27, 2010

'Bersuka-ria' di Terengganu

Salam..

Macam tak sesuai nak letak tajuk bersuka-ria. So letak la 'bersuka-ria' tu. Tapi maksud dia jadi macam 'tak seronok' la pulak. Takpe-takpe. 

Sebenarnya nak story, last week 22 - 24hb Dis, aku dan kekasih gelapku halalku telah ke Terengganu untuk bersuka-ria. Eh tak lah. 

Sebenarnya darling husband ada meeting kat sana, so beliau mengajak aku pergi bersama. Kalau husband tak ajak pun aku nak ikut jugak! Sesi menghabiskan cuti tahunan. =D

Dah la 20 - 22hb tu darling husband kerja kat Bentong. Then terus kena ke Terengganu pulak. Aku pun booking la hotel yang dekat dengan pejabat cawangan sana.. Hotel YT Midtown. Hotel ni tengah-tengah bandar Kuala Terengganu tu. Overall, bilik yang kitorang stay sangat best, sebab besarrrrr dan berbaloi-baloi dengan rate RM125/ night. Cuma breakfast dia kurang best. Tak banyak pilihan. Kitorang bertolak dari Kuantan after maghrib, sampai sana dalam pukul 11pm ++ sebab hujan.

Pagi esoknya darling husband ku pergi meeting serta meninggalkan darling wife nye keseorangan di hotel. So sebagai balasan petangnya darling husband bawak darling wife berjalan-jalan di sekitar Kuala Terengganu. Walaupun hujan sepanjang hari. Hukhuk =(

Kitorang pergi Taman Tamdun Islam (TTI).. Tak ramai sangat orang, lagipun hari Khamis kan, tambah pulak hujan renyai-renyai..

Tak paham kenapa aku buat muka macamtu sambil tunjuk passport TTI. Mungkin sebab aku benci jerawat batu di dagu dan tepi mulut. Arghhhhhh!!!!

Inilah rupa sebenar passport TTI.. Konon-konon macam kat Kg Budaya Sarawak la.. Tapi yang sana lagi best, cop sendiri.. Oh ye. Dengan adanya passport ni, boleh dapat dikaun untuk 2nd and 3rd visit.


Boleh pilih nak guna facilities yang mana. Kitorang pilih tram sebab malas nak jalan sangat hujan-hujan tu. Tapi seat tram tu pun basah. '__'

Macam tak pernah naik benda alah ni jek sibuk nak bergambar.

Ermmm.. Ermmm.. Ini lelaki pujaan aku. "Call my agent". =D
Aku yang gemuk lagi. Oh di belakang tu pengantin baru mungkin. Inai masih merah di jari.

Comel =D. Buggy car ke yang baju kuning tu? Mestilah yang baju kuning. ;D

Gambar monumen-monumen tu next entry lah. Hehe..







Monday, December 20, 2010

20122010 :: 10 bulan yang penuh kecintaan =)


Terima kasih darling husband, Mohd Azhar, 
untuk 10 bulan yang penuh dengan kecintaan dan kasih sayang.

Terima kasih Allah,
untuk 10 bulan yang penuh kesyukuran.


Alhamdulillah.

Akhirnya dapat tinggal bersama. =)


Friday, December 17, 2010

Kerana Lidah Manusia Binasa

Salam..

"Kerana Lidah Manusia Binasa".. Dah biasa kita dengar kan? Aku pun dah biasa sangat menghadapi keadaan-keadaan yang tegang dan menyakitkan hasil daripada lidah-lidah manusia.. 

Memang aku totally agree dengan statement "Lidah manusia lebih tajam daripada mata pedang". Kalau ada benda yang lebih tajam dari mata pedang pun, lidah manusia tetap yang paling tajam.

Biasa lah kan, dah nama pun manusia.. Macam-macam ragam.. Dalam keluarga aku sendiri aku dah selalu hadapi 'lidah-lidah' tajam ni. Memang menyakitkan sangat! Mungkin secara tak sedar aku pun pernah membuatkan orang rasa lidah aku ni tajam. Sebab aku juga manusia. Kalau dalam keadaan marah kadang-kadang tak boleh nak berfikiran waras. Tapi aku rasa, sebagai manusia jugak, kita kena berfikir betu-betul dulu sebelum keluarkan perkataan. 

Tambah-tambah lagi, kalau bercakap dengan orang yang lebih berumur. Hormat pun dah tak tahu ke mana. Orang yang lebih berumur tu pun sama, fikirlah dulu sebelum bercakap. 

Nak senang, diam. Tapi mungkin itu tak menyelesaikan masalah. So terpaksa jugak berkata-kata, berbincang. Dan libatkan lidah jugak! Teringat statement ni:
Diam bukan mengalah.
Ia cara mencari Rahmah.
Mendekatkan diri kepada Allah.
 (credit to saifulislam)

Ye. Itu yang sebaiknya. Mungkin jika sesama manusia kita tak boleh sekadar diam kerana itu tidak akan menyelesaikan masalah. Tapi 'Diam' di sini adalah cuba dekatkan diri dengan Tuhan. Berdoa banyak-banyak seikhlas hati memohon pertolongan Tuhan. 

Tapi kalau aku, tambah satu lagi, menangis di dalam hati!

Mungkin kerana aku mangsa lidah-lidah yang sangat tajam, dan mungkin juga kerana aku sedih dengan apa yang berlaku!
Jadi, aku balik kepada 'Diam' tadi.


Wednesday, December 15, 2010

Esok 10 Muharram, Hari Asyura

Salam..

Esok 10 Muharram, hari Asyura. Baru tadi teringat. Kiranya dah 10 hari kita sambut tahun baru hijrah. Lagi 15 hari tahun baru masihi pulak.

Anyway, tahun baru hijrah kali ni membawa seribu makna untuk kami.. Kami yang berhijrah daripada 'pasangan suami isteri jarak jauh' kepada 'pasangan suami isteri jarak dekat'. Heh heh. Mood sekarang sangat la happy.. Dapat jugak rasa macamana kehidupan normal pasangan yang berkahwin. Tapi kadang-kadang aku TERRRRlupa. Maklum lah, biasanya macam orang bujang je kat rumah. Pernah aku makan sorang-sorang kat dapur, terlupa nak ajak darling husband makan. Haha. Takpe wani, takpe. Take your time untuk biasakan diri. =D

Eh out of topic pulak. Ok kat sini aku nak share info sikit tentang 10 Muharram ni. Hasil search jugak ni.. Apa salahnya berkongsi kan..

Hari Asyura ni berasal dari perkataan Arab (asyara) yang bermaksud sepuluh. Banyak kejadian-kejadian penting yang berlaku masa Hari Asyura ni.. So kita sebagai umat Islam digalakkan membuat amalan-amalan sunat sempena Hari Asyura ni.. Yang mana boleh tu, sama-sama la kita buat ye..
Ni antara amalan-amalan sunat. Jom, kita buat esok! Sebenarnya start hari ni 9 Muharram dah digalakkan buat dah.. 

  1. Melapangkan masa / belanja anak dan isteri (owhh ini i like! =D)
  2. Memuliakan fakir miskin
  3. Menahan marah
  4. Menunjukkan jalan yang lurus/membetuli orang sesat / orang yang salah
  5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim (menghormati dan memuliakan mereka)
  6. Bersedekah
  7. Memelihara kehormatan diri
  8. Mandi Sunat dengan lafaz niatnya: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  9. Bercelak
  10. Membaca Surah Al-Ikhlas seribu kali
  11. Sembahyang sunat empat rakaat dengan lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat Hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas Al-Fatihah, di baca  'Qulhuwallah' sebelas kali.
  12. Menjamu orang berbuka puasa
  13. Puasa Sunat Asyura dengan niatnya 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'.
Jom, kita puasa sunat esok!

Monday, December 6, 2010

Finally...

Salam...

Hihi maaf la kawan-kawan yang tertanya-tanya tu ye.. Sebenarnya sengaja nak tulis kat sini after dah inform family members..

Berita yang membuatkan aku jadi the happiest person on earth =D tu sebenarnya dah lama aku nak dengar. Sebelum bergelar kekasih halal dia lagi aku dah impikan.. Alhamdulillah Allah makbulkan juga. Doa kami tak pernah putus, di setiap akhir solat, solat hajat, doa ibu bapa dan keluarga.. Setelah banyak kali berlaku pertumpahan air mata (owh sedihnya mengenangkan saat-saat penuh pengharapan tu).. Syukur..

Bermula 11 Disember 2010, setelah 294 hari @ 9 bulan 3 minggu menjadi suami isteri jarak jauh, kami akhirnya akan tinggal bersama..

Ya.. Darling husband dah dapat transfer ke sini.. Alhamdulillah!!!!! Sepatutnya hari ni 6 Disember darling husband lapor diri di pejabat Kuantan, tapi disebabkan terima berita pun 2 hari lepas, tak sempat nak buat clearance dan persiapan-persiapan kerja yang lain, dengan jarak jauh Kedah - Pahang lagi, so darling husband mintak postponed seminggu..

Maal Hijrah kali ni membawa seribu makna dan seribu rahmat buat kami.. Suami aku akan berhijrah ke tempat kerja baru dan tinggal bersama aku. Aku pula, akan berhijrah menjadi isteri yang lebih baik dari sebelum ni.. InsyaAllah..

Ermmmm... Berita gembira satu lagi tu, yang ramai masih tertanya-tanya, sabarlah.. Aku percaya Allah dah aturkan yang terbaik untuk perjalanan hidup aku dan suami. Bukankah lebih bermakna kalau berita tu diterima ketika aku dan suami telah tinggal bersama?? Selepas ini, mungkin? InsyaAllah.. Doakan sahaja yang terbaik buar kami berdua.. =)

Sunday, December 5, 2010

Syukur Alhamdulillah.. =)

Salam...

Alhamdulillah, syukur atas nikmat Allah.. Tarikh 4 Disember 2010 akan menjadi antara hari paling bermakna dalam hidup kami suami isteri.. Terima kasih Tuhan.. Syukur, syukur, syukur Ya Allah..

Aku pernah mengatakan bahawa inilah hadiah paling bermakna yang aku inginkan. Dan Alhamdulillah, Allah telah makbulkan doa kami suami isteri, doa ibu bapa dan keluarga kami, tak lupa juga kawan-kawan.. Sesungguhnya berita ni telah lama aku nantikan..

Lebih bermakna, aku terima berita gembira ni ketika bersama si dia.. 

Sujud syukur padamu Ya Allah.. ALHAMDULILLAH..