Bahagia Hingga ke Syurga. InsyaAllah. Amin..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak Solehah. InsyaAllah. Amin..

Wednesday, March 28, 2012

Tuesday, March 27, 2012

8 bulan sudah...

Assalamualaikum..

Sedar tak sedar, dah masuk 8 bulan aku mengandung. Banyak juga perubahan yang aku alami sepanjang membawa si comel ni. Selalu juga nak tulis macam-macam dalam blog ni, tapi tak jadi-jadi. Blame the hormone. =)

Setakat 8 bulan ni, Alhamdulillah tiada masalah besar-besar yang aku alami. Sesekali Allah menguji dengan simptom-simptom biasa wanita hamil. Antara yang aku alami:

- Mabuk: Aku mula dapat morning and evening sickness masa mengandung 2 bulan. Muntah-muntah agak teruk masa tu, sampai la masuk 4 bulan. Hampir setiap hari kot aku muntah. 5 - 7 bulan aku masih ada muntah, tapi cuma sesekali. Muntah sebab penat dan angin (heartburn). Buukan sebab morning sickness lagi dah.

- Heartburn / pedih ulu hati: Yang ni aku rasa antara yang paling menguji aku sepanjang mengandung. Dia menyerang dengan teruk masa awal-awal dulu, dan sekarang pun agak teruk. Pernah sesak nafas sebab heartburn masa 2 bulan. Menangis-nangis aku, sambil darling husband papah balik rumah (masa tu ada birthday celebration abah). Sekarang ni pun sesekali dia datang teruk. Aku sebolehnya elakkan makanan berangin, selalu makan. Dulu tak ambil apa-apa ubat, sekarang aku ambil gaviscon. Tapi pernah muntah balik, sebab gaviscon tu pekat sangat! Aku terpaksa telan sekali dengan jus oren.

- Sakit punggung '__': Yang ni pernah sekali sahaja kritikal, sampai tak boleh nak jalan! Biasanya ok je, walaupun sakit, tapi still mampu berjalan. Masa di kampung (minggu ke 30) sampai tak mampu berjalan. Mungkin kesan daripada duduk lama dalam perjalanan. Lepas tu terus bagitahu darling husband, itulah kali terakhir aku travel. Tak nak dah. Huhu.

- Cramp dan sakit pinggang: Yang dua ni sangat kurang. Alhamdulillah. Pernah sekali je masa awal-awal dulu, cramp masa tidur malam, kejut darling husband, melompat dia bangun dari katil, bengkokkan tapak kaki aku ke dalam. Sekali tu jelah. Sekarang ni, walaupun tidur aku tak berselimut dan tak berstokin, masa cramp nak jadi tu aku dah bengkokkan sendiri tapak kaki. Hehe. Bukan tak nak berstokin, tapi tak boleh. Aku dah pernah cuba, tapi akhirnya stokin tu dah tertanggal bila bangun. '__'

- Mood memasak: Hehe yang ni jangan ditanya. Memang out terus. Syukur jugak Allah bagi peluang kami berdua agak lama sebelum kurniakan si comel dalam perut ni. Sempat lah dulu aku masak setiap hari untuk suami. Sekarang? Berapa kali je dalam sebulan aku masak. Kalau masak pun yang simple-simple. Syukur dikurniakan suami yang tak cerewet bab makan.

- Selera makan: Kurang memberangsangkan. Sejak awal sampai dah dekat-dekat hujung ni, aku masih belum berselera makan. Baby tak suka makan kot? Berat aku sepanjang 8 bulan mengandung naik dalam 6kg. Tapi berat baby sentiasa mengikut berat yang sepatutnya. Memang selalu sahaja lapar, tapi aku paksa diri untuk makan. Tak ada yang menyelerakan sangat. Oh, ada la. Lauk kenduri. Ye, aku sentiasa suka makan lauk kenduri masa mengandung ni. Tapi kenduri bukan ada setiap minggu. Kadang-kadang selamba ikut ma dan abah pergi rumah siapa ntah yang kahwin, sebab nak sangat makan lauk kenduri. Gulai yang kat kedai aku tak nak, nak yang kat kenduri je. =)

Apa lagi ye? Tak banyak sangat pun. Semuanya macam ok. Kaki pun tak bengkak, urat tak timbul lagi. Harap-harap semuanya ok sampai ke hujung nanti. InsyaAllah..

Thursday, March 22, 2012

Dulu dan kini..

Assalamualaikum..



Hanya dalam 2 tahun, perbezaan yang sangat ketara. Alhamdulillah, bukan semakin kurus. Dua-dua semakin membesar. Haha. Maksudnya cukup makan, cukup segalanya. Dan yang paling bersyukur, kehadiran si dia dalam perut tu. Baby, tak sabar nak jumpa!!

Gambar kurus tu selepas beberapa hari menjadi kekasih halal. Auwww!! ;-) Gambar tak kurus tu pula selepas 2 tahun sebulan menjadi kekasih halal, dan InsyaAllah bertiga dalam masa beberapa minggu sahaja lagi. Masa kandungan berusia 31 minggu.

Terfikir juga, lagi 2 tahun, macam mana lah rupa bentuk kami ye? =D

Tuesday, March 6, 2012

3rd Trimester.. Debaran.. Ditinggalkan.. Kepenatan..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, sekarang aku dah pun memasuki third trimester. Tak sangka pulak secepat ni. Dulu masa first trimester, lambat sungguh masa berlalu. Sebab ada mabuk-mabuk muntah semua. Tup-tup sekarang tiba-tiba dah final trimester. Ohhh. Berdebar sebenarnya. Banyak benda nak dicatatkan di sini sepanjang kehamilan, tapi simptom-simptom ibu mengandung menjadi penghalang. Mujurlah ada diari yang boleh aku refer nanti. Sekurang-kurangnya ada kenangan kehamilan pertama tersimpan untuk dikenang di kemudian hari.. =)

Sekarang kandungan aku dah memasuki 29 minggu. Hujung minggu ni genap 30 minggu. Syukur Ya Allah.. Dulu kalau baca cerita ibu-ibu mengandung, tengok ticker orang tu dah 30 minggu, terdetik 'bestnya dia dah pregnant 30 minggu'. Sekarang aku pun bakal melaluinya. InsyaAllah.. Harap-harap semuanya lancar..

Dari kandungan 5 bulan (awal tahun 2012), aku selalu ditinggalkan. Hehe. Darling husband sangat sibuk dengan out-station. Setiap minggu out-station. Paling banyak ke Cameron Highland dan Temerloh. Sepanjang bulan Februari 2012, minggu terakhir sahaja si dia tidak out-station. Itu pun sebab aku mintak si dia ambil cuti dan temankan aku ke KL untuk bengkel peperiksaan di UTM. Kalau tak, si dia kena out-station juga ke Bentong. 2nd anniversary kami juga tiada sambutan memandangkan kesibukannya bekerja. Huhu. Minggu terakhir tu juga lah aku ambil kesempatan untuk buat tempahan bersalin di Kuantan Medical Center (KMC). Dan juga buat makan-makan bbq dengan adik-beradik semua. Sekarang dah masuk bulan Mac, macam nak mula balik kesibukan tu. Buktinya semalam, kata kena out-station hari Selasa, tiba-tiba pagi Isnin dah kena pergi. 4 hari 3 malam pulak tu. Suka tau buat surprise pergi out-station tiba-tiba. Kan dah kena kemas, lipat baju sendiri.. Hihi. Sabar ye baby. Nanti jumpa ayah, kick ayah banyak-banyak kali tau. =)

Itu perihal kerja darling husband. Aku pula? Juga sibuk dan penat. Memandangkan final exam tinggal lebih kurang sebulan sahaja lagi, banyak benda perlu dikejarkan. Yang paling mencabar aku nak habiskan kelas-kelas amali padang. Dengan perut yang semakin membesar, aku semakin mengah nak ke hulu ke hilir mengajar amali di padang. Bilangan pelajar pula agak ramai, jadi penatnya berganda. Nak naik tangga ke kelas tingkat satu pun dah slow (maklumlah 'kenderaan berat'). Masa dalam kelas boleh la juga aku duduk, kalau di padang nak duduk mana? Apa pun, tanggungjawab mengajar perlu dibuat juga. Tapi aku selalu ingatkan diri supaya jangan terlalu memaksa diri kalau tak larat.

Minggu 29 ni aku dah mula rasa 'menekan' di bawah perut. Terutamanya masa bangun dari tempat duduk. So tak boleh jalan laju-laju. Mungkin sebab tekanan dari kepala baby kat bawah. Ataupun mungkin kean berdiri lama. Selalu cakap kat baby, please jangan keluar lagi dalam masa terdekat ni tau, ibu tak habis silibus lagi ni.. Hihi. Bila sakit, cuak sekejap bila mengenangkan baju-baju baby belum basuh, hospital bag belum ready. Nurse KK pun dah pesan masa 28 minggu, barang dah kena standby. InsyaAllah weekend nanti aku basuh.. 

Hmmm banyak lagi nak cerita perkembangan baby, perkembangan kesihatan aku sepanjang mengandung ni. Tinggal lebih kurang 10 minggu je lagi nak menikmati saat-saat indah ni. InsyaAllah next entry lah pulak.

Siapa nak teka, yang dalam perut tu gigirl ke boboy? =)

Tuesday, February 21, 2012

Ohh my baby.. =)

 

Baby sayang, ibu dan ayah sebenarnya dah tak sabar-sabar lagi nak tengok baby, so minggu lepas terus buat 4d scan ni. Sebelum tu ibu pujuk-pujuk baby, mintak baby tunjukkan muka.. Mula-mula baby tutup muka dengan tangan (macam scan 5 bulan dulu pun, doktor cakap baby pemalu). Tapi lepas doktor kacau-kacau baby, baby tunjuk muka. Tu pun muncung-muncung dah kena kacau. Hihi. Baby, ibu dan ayah sayang sangat kat baby tau? Tak sabar nak jumpa baby!

Monday, February 20, 2012

2 YEARS MARRIED!! Alhamdulillah..

Assalamualaikum..  

Sujud syukur padaMu Ya Allah.. Hari ni genap 2 tahun kami disatukan.

20 Februari 2011, setahun berkahwin, kami masih berdua..

20 Februari 2012, dua tahun berkahwin, kami sambut bersama baby dalam perut.. =)



Untuk suamiku yang tersayang (hehe *malu*)

Abang, walaupun kita tak buat sambutan besar-besaran,  
walaupun abang out-station lagi di hari anniversary kita ni =)..
cukuplah abang tahu, sepanjang 2 tahun bernikah ni, sayang I pada abang tak pernah berkurang walau sebesar zarah. Terima kasih atas segala-galanya. Terima kasih kerana menjadi suami I, semoga jodoh kita berkekalan sehingga ke alam sana.. InsyaAllah...


Ketahuilah, kehadiran benih abang dalam rahim ni menjadi pengerat kasih sayang kita. 
Baby ni membuatkan kasih dan sayang I pada abang semakin menggunung. I sangat hargai pengorbanan abang selama ni. Semoga Allah memberkati mahligai perkahwinan kita, sehingga ke akhir hayat.. Dan semoga kita menjadi ibu dan ayah yang terbaik buat baby ni kelak. Amin..


“On this 2nd anniversary, we may not have wealth, but we do have each other and that is worth more than anything in the world.”

Wednesday, February 15, 2012

Bila Baby Kurang Gerak..

Assalamualaikum..

Sejak kandungan 5 bulan sampai lah sekarang dah masuk 6 bulan setengah, aku enjoy sangat menikmati saat-saat baby bergerak-gerak dan menendang-nendang dalam perut ni. Setiap hari mesti ada tendangan kuat dari baby. Tapi, bila sehari (kelmarin) aku tak dapat rasa tendangan kuat tu dari pagi sampai ke malam, mula la gelabah. Risau sangat! Dah lah sejak awal tahun lagi ayah baby ni sibuk sangat dengan out-station. Kali ni masa baby kurang bergerak, ayah baby baru je out-station ke Bentong dan Temerloh. 3 malam pulak tu. 

Biasanya baby akan mula aktif pagi-pagi waktu subuh. Waktu lain dia aktif pukul 10-11 pagi, pukul 2-3 petang, 6 petang -7 malam, 10-11 malam. Bila pagi, aku akan terjaga dari tidur sebelum alarm berbunyi. Comel je baby ni kejutkan ibu bangun, macam ketuk-ketuk perut ibu dari dalam. "Ibu, bangun, bangun. Subuh dah nak masuk" =) Jap lagi dengar bunyi azan.. Tapi masa hari tu, ibu bangun sebab bunyi alarm, bukan sebab baby kejut. Tapi tak la cuak lagi pagi tu. Pergi kerja macam biasa, sampai dah lepas lunch hour, baru perasan kenapa tak rasa baby aktif. Aku dah mula risau, terus bagitahu darling husband. 

Sampai dah balik rumah, malam tu ada rasa baby gerak tapi sikit je. Tak menendang kuat langsung seharian tu. Aku dah pujuk-pujuk baby, selawat semua kat baby, usap-usap perut. Still no response dari baby. :'( Ibu nangis. Dah la ayah takde, baby pulak buat ibu risau.. Sampai pukul 11 malam tu, aku bagitahu darling husband aku tak nak tidur selagi baby tak gerak. Pergi solat, doa mintak jauhkan dari perkara-perkara tak diingini. Mintak husband doakan jugak.. Tak lama lepas tu baby tendang. Alhamdulillah, syukur. Lega terus. Baru lah boleh tidur.. =)

Baby, baby.. Please jangan buat ibu risau lagi ye sayang.. 

Sampai sekarang aku fikir apa yang menyebabkan baby tak aktif masa tu..

Friday, February 3, 2012

Perginya seorang lagi sahabat..

Assalamualaikum..

Tarikh 1 Feb 2012, aku kehilangan seorang lagi sahabat. Intan Shuhadah bt Ahmad, seorang pensyarah electrical engineering. Walaupun baru beberapa tahun kenal, kami pernah rapat ketika arwah menemani aku mengiringi pelajar ke Khemah Ukur di Melaka. Dia menghembuskan nafas terakhir pukul 11 malam, tapi pukul 6.30 pagi 2 Feb 2012 baru aku baca sms.

Arwah seorang yang lemah lembut, comel, kalau kenal rapat dia tidaklah pendiam sangat. Masih terbayang-bayang kenangan bersama arwah, usikan dan gurauan dengan arwah. Cepat sangat arwah meninggalkan kami semua. Di usia 25 tahun, baru berkahwin hampir 11 bulan, arwah mengikut jejak anaknya yang meninggal semasa dalam kandungan.

Aku ingat lagi, masa baru dapat tahu aku mengandung, aku sms arwah, sebab aku dapat tahu arwah juga mengandung. Aku sempat nasihatkan arwah supaya pergi klinik cepat buat buku pink. Tarikh jangkaan bersalin kami cuma berbeza 3 minggu. Bila berjumpa (pejabat arwah di cawangan satu lagi), aku pegang perut dia, sebab perut dia kecil, sedangkan dia mengandung lebih 3 minggu dari aku. Tapi mungkin sebab dia jenis kurus, so perut tak berapa nampak. Arwah juga pernah 'pewitt pewitt' aku masa tengok perut aku dah nampak.

Bulan Disember lepas, aku dan suami sempat melawat arwah ketika dia di wad. Arwah sebelum tu demam, semasa kandungannya lebih kurang 5 bulan. Akhirnya dimasukkan ke hospital, ujian demi ujian dibuat untuk mengesahkan penyakit akibat demam tu. Habis lebam-lebam tangan dia yang kurus tu aku tengok. Menurut doktor, jangkitan kuman di jantung. Masa melawat dia, dia banyak diam je, nampak agak lemah, tapi berselera makan semasa disuap ibunya. Aku sempat cakap pada dia, "senyum sikit Intan..". Masa tu kandungan dia 5 bulan 3 minggu kalau tak silap aku. Dia ada cakap baby sihat, baby gerak-gerak je. Selang beberapa hari lepas tu, baby dia meninggal dalam perut. Aku dapat tahu pun selepas hampir seminggu. 

Then, selang sebulan pemergian baby dia, arwah pula mengikut jejak. Ya Allah.. Sebelum ni kami dikhabarkan arwah dah ada di rumah, menunggu masa untuk ke IJN. Dia dalam keadaan stabil. Lepas solat aku berdoa agar disembuhkan penyakit dia, kurangkan kesakitan dia. Sampai sekarang pun kadang-kadang aku terlupa, aku doakan supaya Allah sembuhkan sakitnya, sedangkan dia dah tak ada.. :'(

Arwah juga berjauhan dengan suaminya yang bertugas di Perak. Sedihnya, suami dia tiada di sisi semasa hayat terakhirnya. Besarnya dugaan Allah pada suaminya, baru kehilangan anak, sekarang isteri pula. Semoga Allah kuatkan hatinya untuk menempuh semua ni..

 Arwah bersama suaminya.

"Intan, dulu Intan salah seorang pembaca blog akak kan? :'( Akak terkilan tak sempat minta maaf pada Intan. Walaupun pernah melawat Intan sekali je sepanjang Intan sakit, tapi akak tak lupa berdoa untuk Intan. Tenanglah Intan di sana. Baby Intan dah tunggu Intan di pintu syurga.. Akak akan simpan kenangan kita terutamanya masa di Melaka bersama pelajar-pelajar akak, masa malam bbq, diorang usik-usik Intan yang comel ni.. Akak teringat-ingat lagi gelagat kita masa duduk sebilik di Melaka tu.. Semalam kali terakhir kita 'jumpa', tapi masa tu Intan dah terbujur kaku, akak tengok bawah kain putih tu kurus sangat. Maafkan akak juga, semalam akak tak tengok wajah Intan untuk kali terakhir. Dalam keadaan akak sekarang, akak harap Intan faham. Akak cuma mampu sedekahkan Intan dengan surah Al-Fatihah dan Yassin..."

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Minta jasa baik readers tolong sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah. Terima kasih..

Tuesday, January 31, 2012

Jatuh semasa mengandung. Takut.. =(

Assalamualaikum..

Pagi tadi, di usia baby 24 minggu 2 hari, ibu baby ni jatuh. =( Jatuh dari katil.

Masa nak bangun dari katil, nak solat subuh, kaki kanan tersangkut di hujung 'baju kelawar' yang aku pakai. Aku jatuh ke bawah, tapi sempat tongkat dengan tangan kanan. So jatuh terduduk tapi tak terhentak kuat . Masa tu terus terjerit panggil darling husband, tapi si dia boleh pulak tak dengar. Masa tu darling husband di bilik sebelah, bersiap-siap nak solat. Dua kali aku panggil tapi si dia tak dengar jugak. Last-last aku diam je, duduk je kat lantai tu sambil gosok-gosok lengan. '__'

Darling husband masuk bilik, terkejut tengok aku duduk bawah, sebelah katil. Buat muka sedih je la aku.. Nak menangis jugak sebenarnya, bukan sebab sakit, tapi sedih sebab si dia nak pergi out-station lama hari ni. Kami sangat risau sebenarnya, takut terhentak. Nasib baik tak sakit dah lepas tu, perut pun tak sakit. Kalau sakit ke bleeding ke, memang aku terus pergi klinik dah. Tapi memandangkan hari ni kelas full sampai petang, aku just berjaga-jaga je lah.

Pagi tadi risau sangat-sangat sampai dah rasa nak pergi jumpa doktor mintak scan baby. Sebab rasa macam baby kurang gerak. Sebenarnya gerakan ada, cuma pagi tadi kelas amali, aku berdiri, so kurang sikit rasa gerakan. Masa drive pergi kerja pagi tadi banyak kali pesan kat baby supaya gerak banyak-banyak hari ni, Macam semalam baby aktif dari tengah hari sampai malam!

Alhamdulillah petang ni baby dah aktif sangat. Sambil taip ni pun baby gerak-gerak. Hopefully tak ada apa-apa yang membimbangkan lah lepas ni. Amin...

Nota untuk baby: Baby, ibu mintak maaf kalau baby terkejut masa ibu jatuh pagi tadi. Ibu akan lebih hati-hati lagi lepas ni ye. Baby jangan buat ibu risau tau. Baby kena aktif selalu, tendang lah banyak-banyak. =) Ayah out-station seminggu kali ni, nanti baby jangan lupa pulak suara ayah bila ayah balik nanti.. =) Ayah pun dah rindu nak borak dengan baby tu..

Monday, January 16, 2012

22 Weeks Pregnant

Assalamualaikum..

Dulu awal pregnancy, rasa lambat masa berlalu. Lama rasa nak melepasi first trimester, walaupun masa tahu diri mengandung, baby dah nak masuk 6 minggu. Sekarang, pejam celik dah masuk 22 minggu. Lagi 2 minggu masuk 24 minggu = 6 bulan. Gulp! Aku dah mula rasa berdebar.

Dalam usia kandungan 5 bulan lebih ni, aku masih lagi mengalami muntah-muntah, tapi tak sekerap first trimester dulu. Selera makan aku rasanya baru nak ok kot, masa 21 minggu aku masih lagi kurang berselera. Tak suka nasi (lepas tu mula la asyik lapar), loya tengok lauk-lauk berkuah, bersantan, berkari, bersambal semua tu. Perut sentiasa lapar, tapi tak tahu makanan apa nak ditelan. Biskut dan roti memang selalu ada dalam beg, bawa ke mana-mana.. Tapi dalam tak selera tak selera tu, berat naik jugak. Huhu. Nasib baik naik 1 kg dalam masa 2 minggu. Untuk 5 bulan dan ke atas, memang sepatutnya kenaikan berat badan 2 kg sebulan. Harap-harap jangan sampai kena minum air gula. Takut.. 

Sekarang ni aku semakin menikmati masa-masa berharga sepanjang membawa baby dalam perut. Penat, mengah, tak cukup nafas memang dah biasa. Tapi sejujurnya, saat paling membahagiakan aku sekarang ni adalah masa 'bermain-main' dengan baby. Dulu awal-awal mengandung, rasa bahagia sangat kalau cakap-cakap dengan baby :') Sekarang ni, main-main dengan baby pulak. Baby semakin aktif. Semakin pandai respond pada ibu dan ayah dia. Orang cucuk dia, dia tendang balik. Alahaiiii baby ibu ni.. Geram! Masa first time aku dan darling husband perdengarkan azan pada baby (melalui headphone), berombak perut. =) Sekarang juga, aku semakin faham masa bila baby aktif, masa bila baby rehat / tidur. =)

Menurut kajian, baby pada 22 minggu sebesar buah betik. Hihi. Patut la aktif!
Baby sayang, membesar dengan sihat tau! Ibu and ayah love you so much!

Sekarang ni ibu dah terfikir, macamana la agaknya rupa baby ni ye? Ikut muka ayah ke ikut muka ibu?  Hmmm... =)

Monday, January 9, 2012

Bakal Ibu dan Ayah

Ibu & ayah baby yang sihat. Jadi, baby pun sihat. =)

Sunday, January 8, 2012

Indahnya perasaan itu..

Assalamualaikum..

Syukur, baby dah masuk 21 minggu hari ni. Aku tak mahu ketinggalan mencatatkan kenangan manis yang satu ini. Malam semalam, buat pertama kalinya aku merasakan tendangan (lebih tepat lagi tumbukan, daripada apa yang aku rasa). Sedang berbaring bersiap nak tidur, usap2 perut sambil communicate dengan baby seperti biasa. Dalam seminit lepas tu, ada gerakan seperti ditumbuk dari dalam! Terasa di tapak tangan aku. =D 

Selepas tu, excited panggil darling husband. Dia pulak letakkan tangan di perut. Tapi hampa. Haha. Baby lagi suka ibu! =) Selang berapa minit lepas tu, aku pujuk lagi baby, suruh gerak lagi sebab ayah nak rasa.. Kali ni ayah baby tekap telinga terus kat perut ibu. Cakap-cakap, then baby respon. Baby tumbuk telinga ayah pulak! Subhanallah.. Kami tergelak-gelak. Maklumlah, first time experience kan..

Memang kalau nak diikutkan pergerakan baby boleh dirasa seawal 16 minggu. Tapi bak kata nurse, perut aku tebal. '__' Sebelum ni, dalam minggu ke 18 aku dah rasa 'libasan' baby bila bercakap dengan dia. Tapi masuk minggu ke 21 ni baru rasa 'tumbukan' dia pulak. Hari ni pun ada lagi rasa, terutamanya bila baring.. 

Alhamdulillah, indahnya perasaan itu.. 

Sebelum ni ada jugak terdetik, ok ke baby kat dalam tu sebab lambat rasa pergerakan dia. Tapi bila scan, dia aktif, Alhamdulillah.. So kami bersabar. Lagipun bila dah mula rasa baby gerak, aku akan rasa sampai dia nak lahir nanti kan. So sabar jelah.

Tuhan, aku betul-betul mahu menikmati saat-saat indah sepanjang kehamilan ni. Curahkanlah rahmat dan hidayahMu kepada aku dan kandunganku, serta keluargaku. Amin Ya Rabbal Alamin...

Monday, December 19, 2011

Koleksi Peribadi

Assalamualaikum..

Sekadar mencatat untuk kenangan peribadi.. Sebolehnya, semasa mengandung, lagi-lagi anak pertama ni, aku nak kenangan yang terbaik. Mestilah kan, semua ibu nak macamtu. Salah satunya, my latest collection..

 Dari kiri mengikut pusingan jam: (1) "Amalan Ketika Mengandung & Setelah Bersalin, serta Panduan Menamakan Bayi", (2) "Kisah Para Nabi & Rasul", (3) "Diari Hamil", (4)"Yassin untuk Ibu Hamil" dan (5) "Bakal Ibu; Panduan & Penjagaan"

(1) - Kak Lin, my officemate yang bagi pinjam once dia tahu aku pregnant. Dia memang simpan buku ni, dan akan bagi pinjam pada sesiapa yang dia tahu mengandung di office tu. Thanks Kak Lin.. =) Nanti i pulangkan ye. Hehe.
(2) - Kami beli ni demi baby. Sejak dengar ceramah ustazah dulu, dah pasang niat nak beli. Walaupun tu buku untuk kanak-kanak, tapi orang dewasa pun sesuai baca. Kisah nabi dan rasul diceritakan dalam ayat yang mudah. Niat kami, nak bacakan pada baby dalam perut ni bila baby dah mula boleh mendengar. Sekarang ni baby dah boleh dengar, insyaAllah.. Nanti ayah balik kita dengar ayah bercerita ye, baby! =)

(3) - Yang ni darling husband belikan masa dia out station ke Bangi dulu. Dah lama aku cari buku diari ni. Dalam ni aku catatkan segala yang berlaku setiap minggu. Tapi tak lah catatkan secara detail. Ringkas-ringkas je.. =)

Gambar scan yang pertama.. Week 7. 
Baru nampak degupan jantung baby je masa ni.. =)

(4) - Yang ni, pemberian sahabat lamaku dari sekolah dulu, Hidayah. Thanks sangat-sangat sebab bagi buku yang sangat berharga ni. InsyaAllah, akan sentiasa diamalkan.. Aku juga doakan dia, dapat jadi ibu. She lost her baby twice. Dia kahwin sebelum aku, tapi masih belum ada rezeki. Baru je menjalani d & c beberapa hari lepas..

(5) - Yang ni aku beli sebab murah dan banyak sangat info untuk ibu hamil dan penjagaan after bersalin. Dengan harga RM7.50, macam-macam maklumat boleh dapat. Ada juga perkembangan bayi dari minggu ke minggu, macam yang kita tengok dekat babycenter tu. 

Mungkin lepas ni akan tambah lagi bahan bacaan berkaitan. InsyaAllah..



Sunday, December 18, 2011

Update - 18 weeks

Assalamualaikum..

Syukur, baby turns 18 weeks today. Another 22 weeks left. Keadaan ibu macamana? Keadaan baby? Beberapa hari lepas aku buat checkup yang ke 4. Hasilnya? Hmmm kurang memuaskan. Hb turun, dari 12.1 dah jadi 10.9 (minimum is 11). Berat aku, last month 53.85 kg cuma naik jadi 53.90 kg. Aku memang kurang selera nak makan, ingatkan masuk second trimester dah ok. Tapi masih lagi ada mabuk dan muntah, cuma tak sekerap first trimester dulu. Jadinya, nurse suruh makan vitamin-vitamin tu double, dan lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan. InsyaAllah, demi baby.. 

Baby sihat, alhamdulillah. Membesar dengan baik, aktif dan mengikut tarikh jangkaan yang diberi. Cuma aku tak puas hati kalau doktor di klinik kesihatan buat scan. Macam nak tak nak je. =( Sebelum ni ada scan di klinik swasta, doktor tunjuk kedudukan uri aku di bawah. Sekarang ni tak tahu la dah naik ke belum. Harap-harap semuanya ok.. Dan doktor tu juga buat 4D scan tunjuk gender baby masa baby 16 weeks. =) Masih agak awal, doktor said 95% confirm, its a ________ ! =D Aku masih lagi terbayang-bayang masa tu, tengok baby gosok-gosok hidung, ibu tolak-tolak ayah berebut nak tengok baby gerak-gerak. Hihi.

Next week, kena pergi checkup lagi, nurse nak check hb naik ke tak.. Hai la baby, ibu loves you so much, tau!

Sunday, November 20, 2011

Welcome 2nd Trimester!

-14 weeks in my womb-

Baby, ibu dan ayah sayang sangat kat baby! Semoga kita berdua sihat-sihat sahaja selepas ni ye sayang! Ibu nak tulis tentang apa yang berlaku sepanjang trimester 1, tapi ibu masih lagi pening, penat dan loya.

Ibu nak rehat..

Thursday, October 20, 2011

15 Amalan untuk Ibu Mengandung

Assalamualaikum..

Kali ni nak share apa yang aku dapat dari video ceramah yang aku tengok di Youtube. Amalan ni sangat baik untuk diamalkan oleh bakal-bakal ibu, juga bakal-bakal ayah. Semua orang impikan dapat anak yang berguna kan. Dari dia dalam kandungan lah kita nak didik. Sebenarnya dari dia 'dibuat' tu dah kena ada adab yang perlu suami isteri ikuti supaya tiada 'campur tangan' syaitan. InsyaAllah, amalan-amalan ni akan membantu kita..

1- Banyakkan bertaubat dan beristighfar. Setiap masa, di mana-mana pun, tak susah pun nak buat. Sambil driving, sambil basuh pinggan, istighfar sahaja di bibir.

2-  Banyakkan berdoa. Setiap hari selepas solat kita berdoa, juga jangan lupa waktu-waktu mustajab untuk berdoa. Contohnya ketika hujan turun.. Berdoalah sepenuh hati. Masa isteri nak melahirkan, suami bisikkan doa tertentu di telinga isteri. Ada 13 doa yang boleh diamalkan. Boleh cuba search. =)

3- Rajin puasa sunat. Ohh yang ni aku setakat ni memang tak berkemampuan nak buat. So kalau isteri tak mampu, suami cuba usahakan puasa sunat.

4- Rajin solat wajib dan sunat. Bagi solat wajib, cuba banyakkan berjemaah bersama, di awal waktu. Bagi aku saat berjemaah bersama tu sangat indah. Rasa tenang sangat, rasa bahagia sangat. InsyaAllah.. Untuk solat sunat, banyakkan solat hajat dan solat taubat, jika ada kelapangan.

5- Banyakkan zikrullah sambil pegang perut. Sama juga macam beristighfar, tak susah pun. Sambil-sambil buat kerja lain pun boleh diamalkan. Amalan ni InsyaAllah akan berikan kekuatan jiwa, akal dan fikiran. Bayangkan baby dalam perut selalu dengar ayat-ayat zikrullah. =)

6- Banyakkan baca Al-Quran. Walaupun bagi aku, masa mengandung ni cepat sangat rasa penat, mengah, tapi boleh baca slowly. Lebihkan baca surah-surah tertentu untuk ibu mengandung. Contohnya Surah Yusuf, Surah Maryam, Surah Yassin, Surah Luqman dan Surah Hujurat. Kalau tak boleh habis sekali baca, boleh sambung-sambung baca. Maklum lah, sempuuuutttt (ala-ala kumpulan Sepah). Hehe

7- Baca buku-buku berilmiah.Contohnya kisah-kisah nabi, tokoh-tokoh sufi. Perdengarkan kepada baby dalam kandungan sambil berdoa pada Allah. Yang ni InsyaAllah akan diusahakan. Sekarang telinga baby aku baru terhasil (9 minggu).

8- Berbual-bual dengan baby. Haaa yang ni dari awal tahu kewujudan baby, kami dah amalkan. Walaupun masa tu baby baru beberapa mm saiznya. Suami juga memainkan peranan, usap-usap la selalu perut isteri tu. =)

9- Lakukan kerja-kerja ringan sebagai senaman. Aku selalu ingatkan diri sendiri, walaupun kadang-kadang rasa tak larat sangat, jangan tidur sepanjang masa. Buatlah sesuatu yang ringan. Contohnya sapu-sapu rumah sikit ke, kemas-kemas dapur sikit ke. Semua sikit-sikit je. Buat sikit, rehat. Buat sikit lagi, rehat lagi. Hehe. Selebihnya, peranan suami untuk membantu ringankan beban isteri. Lagi-lagi isteri yang bekerja.

10- Jangan stress, hilangkan tekanan. Mmenag kadang-kadang mood tak stabil semasa mengandung. Dengan kepala sakit, badan lemah. makan tak lalu. Masa ni kena kawal, supaya tak mengguris hati suami. Suami juga perlu faham perubahan yang dialami isteri. Anak awak juga yang dikandung tu kan.. =) Suami boleh la ringan-ringankan tangan picit-picit, urut-urut isteri masa ni. =)

11- Jaga adab dan emosi. Ni sama macam yang nombor 10. 

12- Makan makanan yang baik-baik, halal zahir dan batinnya. Maksudnya, memang kita tahu kita makan makanan yang halal, tapi pastikan juga sumber makanan tu halal. Duit yang digunakan untuk beli makanan tu adalah dari sumber yang halal.

13- Janagn berdendam dan berdengki. Jauhi sifat mazmumah, nanti mempengaruhi sifat baby dalam kandungan.

14- Rajin mengukir senyuman. Yang ni walaupun payah sikit, sebab selalu muka tak bermaya bila badan tak sihat, aku cuba juga senyum seperti biasa kalau berjumpa sesiapa. Kadang-kadang tak boleh senyum dah sebab tengah tahan muntah. =)

15- Rajin menghadiri majlis-majlis ilmu. Yang ni kalau ada kesempatan. Kalau tak ada, ataupun tak mampu nak keluar hadiri majlis ilmu (maklumlah nanti tiba-tiba nak muntah), apa yang aku buat, tv di rumah tu selalu buka chanel yang berunsurkan keagamaan ataupun ilmiah. Dengar ceramah, bacaan-bacaan Al-Quran..

Ok itu sahaja amalan yang boleh aku kongsikan. Untuk mengingatkan diri sendiri juga sebenarnya..

Tuesday, October 18, 2011

9 minggu

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, hari ni baby dah memasuki minggu ke 9. Alahan aku bertambah 'rancak' sejak memasuki minggu ke 8. Besar mana dah baby aku? =D

Minggu ke-9 : Saiz bayi ketika ini hanyalah sebesar sebiji anggur iaitu dalam saiz seinci. Pembentukan telinga sudah kelihatan pada masa ini. Dan yang paling mengembirakan bagi bakal ibu ialah pada saat inilah bayi kita sudah mulai mengerakkan anggota badannya. (Sudah boleh menggerakkan jejari tangan manakala jejari kakinya masih bercantum).

  • Masa penghujung minggu ke 8 balik kampung, adik ipar kahwin. Dalam hati risaunya Allah sahaja yang tahu. Kami cuma mapu berjaga-jaga dan tawakkal. Berdoa dan berharap tiada sesuatu yang buruk berlaku, maklumlah perjalanan sepanjang 6 jam, agak lama juga tu. Masa kenduri, aku mabuk. =(
  • Alhamdulillah, dah selamat pulang ke Kuantan semula. Hopefully aku dan baby baik-baik sahaja. Walaupun kadang-kadang rasa cramp bawah perut. Takut, cepat-cepat istighfar, selawat sambil usap perut. Pening dan loya tu memang setiap minit rasa. Sampaikan nak pergi kerja pun kuatkan semangat. Rasa melayang-layang kepala.
  • Sangat cepat rasa penat / mengah. Lepas mandi, nak solat, aku rasa macam baru lepas berlari. Kalau menyapu, sampai sakit-sakit pinggang. Macam besar sangat pun rumah. =D
  • Selera makan, masih kurang. Aku kurang berselera dengan nasi, makanan berminyak dan berlemak. Mengidam? Tak tahu la macamana rasanya mengidam tu. Tapi masa minggu ke 7  nak masuk 8, teringin sangat nak makan fries. Gara-gara ternampak iklan McD dalam paper lama. Hehe. Teringat-ingat sampai nak dekat seminggu. Bila dah rasa teringin tu memuncak, aku pergi cari fries yang frozen tu. Yang kesiannya, darling husband balik kerja lambat masa tu. Aku pergi cari sendiri di Eng Hong, habis. Pergi pula LYC, habis juga. Ohh masa tu telefon darling husband, aku nak nangis dah. Haha. Last-last aku drive sampai ke Tunas Manja, berbunga-bunga hati aku tengok banyak sangat fries kat situ! Alhamdulillah, balik terus goreng, gaul dengan garam dan pepper. Darling husband balik, geleng-geleng kepala tengok aku. '__'
 Nota untuk baby: Baby, hari ni ayah balik lambat tau. Ayah kerja di Temerloh. Nanti lambat la ayah dapat berbual-bual dengan baby. Ntah-ntah kita dah tidur baru ayah sampai. Takpe, baby teman ibu ye malam ni. 31 weeks to go, sayang! =)

Wednesday, October 5, 2011

Tuesday, October 4, 2011

Memasuki Minggu ke 7 =)

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, minggu ni kandungan dah masuk 7 minggu. 
  • Sudah scan perut. =) Alhamdulillah, semuanya ok. Pertama kali dengar degupan jantung si dia, walaupun saiz sangat kecil (lebih kurang 6mm). Subhanallah.. Kekuasaan Tuhan. Tak dapat aku bayangkan besar mana jantung yang berdegup itu.
 Yang putih tu.. =)
  • Perut sudah nampak sedikit. Seluar slack dan jeans semuanya gagal untuk dibutangkan. Sudah membeli sehelai maternity slack. Sedang mencari maternity jeans. Any suggestion?
  • Morning sickness?? Ohhh sudah bermula sejak akhir minggu ke 6. Setakat ni muntah baru 2 kali. Tapi loya dan pening sangat banyak kali. Setiap hari aku mengalami morning and evening sickness. Sangat tidak larat. Tengah hari aku ok. Tapi, setiap jam aku lapar, lapar dan lapar. 
  • Masak? Dapurku sudah kurang berasap.. =( Balik kerja, aku 'lemau' sampai ke malam. Waktu tidur sekarang seawal 10 malam. Syukur darling husband memahami. Kadang-kadang dia masak simple-simple. Kalau aku ok, aku tolong. Tapi buat masa sekarang aku paling tak suka masak sambal! Rasa 'menyampah' tengok sambal. Bau beras pun rasa busuk, kadang-kadang gelas yang bersih pun aku rasa macam berbau semacam. Harap sangat bau darlingku seorang tu, aku tak benci. Hehe.
Aku harap semuanya baik-baik sahaja selepas ni..

Nota untuk baby: Baby, perjalanan kita jauh lagi tau. 33 weeks to go. Baby membesar dengan baik kat dalam perut ibu ni ye. Kita sama-sama memerlukan.. Ibu dengan ayah love u so much, sayang!


Monday, October 3, 2011

Dear readers, tolong doakan..

Assalamualaikum..

Nak mintak tolong kawan-kawan, anak abang aku, Shay Akill yang baru 3 bulan lebih, positif pneumonia. Warded hari Jumaat lepas, dan tadi admitted ke ICU HTAA. 


Tolong doakan dia. Terima kasih..