Bahagia Hingga ke Syurga. InsyaAllah. Amin..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak Solehah. InsyaAllah. Amin..

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Assalamualaikum

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN

Yeayy! Tahun ni tahun kedua beraya bersama darlng husband. =) 

Dan Yeayy! lagi, tahun ni beraya di Kuantan! =D InsyaAllah raya ketiga balik Johor..

Tahun ni first time aku masak rendang. Rendang daging, sebab rendang ayam setiap tahun ma yang buat. Sedapnyeee!! Terbayang-bayang ketupat, lemang makan dengan rendang dah ni. Darlingku sedang masukkan duit dalam sampul raya. Hehe.

Dalam pukul 11 malam, aku baru siap masak rendang daging dan ayam goreng berlada. Lontong tak masak lagi! Tadi merata-rata cari tempe, tapi hampa. =( Esoklah pagi-pagi aku masak lontong. Sambal bilis dah siap.

Esok pagi lepas sembahyang raya, pergi makan ramai-ramai di rumah parents. Bermaaf-maafan, then insyaAllah akan berjumpa nenek di rumah Acik. Then aku nak melawat kubur arwah 'Ayah'..

Di kesempatan ni, aku nak ucapkan Salam Aidilfitri, maafkan segala dosa aku jika ada.. Dan Selamat Hari Merdeka juga! =D


Friday, August 26, 2011

Aku rindukan mereka..

Assalamualaikum..

Tinggal lagi 4 hari nak raya. Setiap hari lagu raya berkumandang. Aku pun tak ketinggalan pasang lagu raya di pejabat hari ni. Lebih-lebih lagi tinggal beberapa orang sahaja di pejabat. Nasib baik pengurusan bagi pelepasan untuk half day hari ni. Alhamdulillah.. 

Bila dengar lagu-lagu raya, bukanlah semuanya lagu gembira kan. Ada juga lagu-lagu syahdu. Pagi tadi masa driving ke pejabat dengar lagu 'Dari Jauh Kupohon Maaf'. I cried. Aku rindukan mereka.. Mereka yang telah meninggalkan aku, meninggalkan kami semua.. Aku rindukan Allahyarham datuk dan nenek aku..

Dalam kepala terbayang-bayang kenangan kami semasa mereka masih ada.. Dan juga kenangan terakhir yang sangat berharga.. Arwah datuk sebelah mak (yang kami panggil 'Ayah'), arwah datuk sebelah ayah ('Tok Ayah'), arwah nenek dan nenek tiri sebelah ayah ('Tok Jah' dan 'Mek Zah').. 

'Ayah', datuk yang paling rapat dengan aku, meninggalkan kami semua beberpa tahun lepas. Ketika baru empat hari menyambut Ramadhan. Aku bergegas pulang ke Kuantan dari Shah Alam, menumpang kereta Maktam, terus ke HTAA. Panjat tangga tingkat 8, sebab lif rosak masa tu. 'Ayah' menghembuskan nafas terakhir ketika bersama kami semua, anak-anak dan cucu-cucu beliau. Beberapa minit sebelum dia pergi, aku sempat mengelap kepala arwah, sambil dia bertanya, mana cucu-cucu dia yang lelaki.. :'( 

Aku ingat lagi, semasa kecil-kecil dulu aku sangat rapat dengan 'Ayah'. 'Ayah' suka melayan cucu-cucu dia. Kalau malam raya, kami tidur rumah 'Ayah', aku ramai-ramai dengan sepupu-sepupu sebaya.. Kalau pakcik aiskrim lalu, 'Ayah' belikan aiskrim, makan aiskrim sama-sama dengan cucu. Paling aku ingat, petang-petang 'Ayah' bawa naik motor, singgah kedai kopi. Arwah tuangkan air panas dalam piring cawan tu, tiup bagi sejuk, dan suapkan aku minum.. Ohh.. Kenangan yang takkan berulang.. Sejak 'Ayah' tiada, kami sangat terasa 'kekurangan' setiap kali hari raya.. 

'Tok Ayah', datuk yang baik.. Walaupun agak pendiam, sama macam 'Ayah'.. Cuma kami lebih rapat sebab 'Ayah' di Kuantan, 'Tok Ayah' di Terengganu.. 'Tok Ayah' ni suka sangat melayan Edi, adik aku yang bongsu masa tu. Edi cucu terakhir yang arwah sempat jumpa, sebab tu 'Mek Zah' cakap, di saat-saat akhir arwah, dia masih lagi bertanya tentang cucunya Edi..  'Tok Ayah' pergi masa hari cuti Krismas, kami tiada di sisinya. Tak sempat jumpa, cuma sempat iringi arwah ke kubur sahaja.. :'( Masa tu aku dalam darjah 5..

'Mek Zah', nenek tiri yang sangat-sangat baik melayan kami, walaupun kami jarang balik ke Terengganu.. Aku takkan lupa kenangan bila di sana, kami mandi air perigi, kalau malam-malam nak buang air, arwah temankan sebab masa tu bilik air di luar.. Kami seronok makan dalam 'pinggan besi 'masa di rumah arwah.. Sejak 'Tok Ayah' dan 'Mek Zah' meninggal, tiada lagi raya kami di sana..

'Tok Jah', nenek aku di Dungun. Ibu kandung abah, tapi kami tak rapat dengan arwah. Bila balik rumah arwah, dia tak lupa mengingatkan kami tentang hukum-hukum agama. Aku ingat lagi masa tu arwah tanya huruf-huruf Ikhfa' Hakiki. Aku tak ingat semua, dan arwah betulkan. Kalau sembahyang, telekung nipis / jarang, arwah tegur..

Sesungguhnya, mereka semua tiada pengganti. Aku cuma ada 'Mak' je sekarang. Nenek sebelah mak. Cuma 'Mak' yang sempat tengok aku berumah tangga. Semoga Allah bagi kesihatan yang baik untuk 'Mak'..

Nenek tersayang. Semoga 'Mak' sihat dan dilindungi Allah selalu.. Amin..

Saturday, August 20, 2011

We are 1.5 years married =)

Alhamdulillah..


Hari ni 20 Ogos 2011, genap setahun setengah aku menjadi isteri.. Masa cepat berlalu. Ini Ramadhan kedua kami sambut bersama..

Doa kami di bulan mulia ni, semoga Allah pelihara kasih sayang kami, rumahtangga kami, dan semoga Allah kurniakan zuriat yang soleh dan solehah buat kami.. Amin...

InsyaAllah.. Dan semoga Allah makbulkan doa kami di 10 malam terakhir ni. Amin Ya Rabbal Alamin..

Shay Akill...

Assalamualaikum..

Akill.. Ohh Akill... Anak buah aku nan seorang.. =)

Gambar masa majlis kesyukuran, masa umur Akill baru mencecah 45 hari..

Mak Ani buat untuk majlis ni. Dah tau mesti ramai si kecik datang, so aku buatkan malam sebelum tu. Inti blueberry. Condition badan masa tu agak penat, apam pun tak berapa menjadi. Tak apalah, ada juga nama Shay Akill kat situ. Tapi A tu terjauh pula. Jadi Shay A Kill(er). Haha! Alhamdulillah, sedap dan laris. =)

Daddy Akill suka dapat diapers cake. Yang ni pun aku buat, special untuk Akill. Lama juga simpan, siap buat tu masa Akill belum lahir lagi rasanya. Harap-harap Akill dapat pakai semua yang Mak Ani bagi tu ye.. Diapers pun pilih saiz M..


Akill baik je masa pakcik-pakcik masjid gunting rambut dia. Good boy! =)

Ciuman Tok Ayah untuk cucu sulung kesayangan.. Semoga jadi anak yang soleh, ye Akill.. Amin..

Mak Ani dengan Uncle Azhar

Akill yang suka tidur.. =)


Thursday, August 18, 2011

Ermmmm....

Assalamualaikum.. Senario di bulan puasa:

Anak murid: "Hello, Puan, boleh tak saya nak ambil test yang pagi tadi? Saya tak datang.."

Puan berkenaan: "Kenapa tak datang?"

Anak murid: "Bangun tidur lewat la Puan.."

Puan berkenaan: :,-(

Aku kadang-kadang penat nak melayan student yang bagi alasan macam tu. Tak campur lagi dengan perangai yang macam-macam. Malam semalam ada yang telefon pukul 10.30 malam. Aku malas layan, pukul 11 malam telefon lagi. Entahlah. Tak tahu adab kah mereka?

Krabi Honeymoon #8

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, sudah 18 Ramadhan. Lagi 12 hari dah nak raya. Persiapan raya? Kurang memberangsangkan. Ada la buat beberapa jenis (baru 3 jenis sebenarnya) kuih raya, berbanding tahun lepas, baru seminggu puasa dah 4 jenis kuih raya buatan sendiri. Kenapa? Sebab tahun lepas tinggal berjauhan, tahun ni tinggal berdekatan dengan darling husband. Mestilah berbeza. Dulu juadah berbuka mak yang sediakan, aku cuma membantu. Sekarang 100% aku sediakan. Dan masa lebih banyak terisi, sebab lebih banyak baju nak dibasuh, dilipat, digosok, dan lebih banyak masa untuk menjadi makmum suami. Alhamdulillah, bahagia dengan kehidupan sekarang. =)

Ok seperti biasa intro akan bercerita tentang isu semasa. My daily life. Hehe. Sekarang balik pada tajuk asal. 

Balik dari Krabi Night Market, kami singgah Chaba Thai Restaurant. Aku banyak juga baca review tentang restoran ni sebelum ke Krabi. Masuk situ, darling husband ordered nasi dan tomyam, dengan air mangga. Aku tak order sebab dah kenyang makan kebab sedap.

Tengok macam biasa sahaja. Rasa? Pun biasa sahaja. Lebih kurang makan tomyam di Malaysia juga. '__'

Senang nak jumpa restoran ni. Tapi bagi aku, not recommended. Mungkin kami order makanan biasa sahaja (itu pun mahal). Tapi mungkin juga memang tak best, sebab masa kami sampai tiada customer pun. Lepas tu ada la satu meja... Satu benda kami tak puas hati, waitress dia tak sabar-sabar nak angkat pinggan walaupun orang belum habis makan. Dha boring sangat tak ada kerja agaknya..

Tapi air dia sedap. Hehe.

Hari terakhir kami di Krabi, sempat lagi buat aktiviti. Elephant trekking. Cuma ambil yang 1-hour trekking sebab pukul 11 dah ada orang nak bawa ke airport. So malam tu siap-siap kemas barang semua, pagi selepas breakfast terus pergi naik gajah. 

Ni pondok tempat naik gajah tu. Asalnya kami pilih trek dari Nosey Parker (trek gajah dia paling best di sana), tapi kami kurang bernasib baik sebab fully booked, walaupun buat tempahan awal beberapa hari. Terpaksa akur dengan pilihan yang ada, Aonang Krabi Safari.

Masa ni dah habis tawaf. Gajah ni agak kecil berbanding gajah yang satu lagi. Degil jugak ni. Kadang-kadang dia tak nak jalan. Penat kot ramai orang nak naik. Kadang-kadang masa jalan tu selamba je dia membuang. "Kelepek! kelepek!". =D

Sebelum balik, dapat ni. Beli sebenarnya. Lupa dah berapa Baht. Tapi beli sahaja lah sebagai kenangan. 

Selepas sejam, kami dibawa pulang semula ke hotel. Ada masa dalam sejam sebelum ke airport. 

 Semakan terakhir dokumen-dokumen penting sebelum meninggalkan Krabi. Seperti dijangka, beg mestilah bertambah. =) 

Tak nak sejarah berulang, kami makan dulu sebelum naik flight. Hehe. Cari tempat makan di airport, naik atas jumpa restoran yang ada makanan tidak halal. So kecewa, turun bawah. Krabi airport sangat lah tidak best. Boring. Kat bawah, jumpa satu kedai yang ada akak pakai tudung. Terus masuk dan order nasi ni. Nasi segera sebenarnya, tapi boleh lah. Akak tu yang suggest. Asalkan yakin. Dan kenyang. Sebab dijangka tiba di Malaysia pukul 4 pm, sepatutnya masa tu makanan tengah hari dah dihadam. =)

Kedai yang di sebelah kiri tu. "Refreshment Gallery". Chocolate milk shake dia sangat sedap!

Dah siap makan, kami decided tukar terus duit Baht yang masih ada. Tinggal beberapa keping sahaja untuk kenangan. Then tunggu flight. Sampai Malaysia awal setengah jam. Alhamdulillah.. 

Eh belum habis lagi. Kejadian yang membuatkan aku geram:
Masa breakfast, ada sekumpulan perempuan dan lelaki (umur lebih kurang kami) makan sekali dengan kami. Aku balik ke bilik sekejap, pergi toilet, tinggalkan darling husband di cafe. Bila kembali, darling husband dapat nota ni dari receptionist. "Nice to meet u M'sia guy". Hmmmhhh! Receptionist cakap salah seorang perempuan dalam group ramai-ramai tadi pesan suruh bagi nota ni pada darling husband. Hmmmhh!! Baru tinggalkan sekejap!

Sebagai penutup entry Krabi Honeymoon ni, sengaja nak letak gambar antara barang-barang yang kami bawa pulang. Tak banyak sangat pun.. Kurang berkenan. Poskad je banyak. Gambar pun banyak. =D

Tuesday, August 9, 2011

Krabi Honeymoon #7 [Night Market]

Assalamualaikum..

Alhamdulillah dah masuk hari ke 9 puasa. Alhamdulillah juga sebab masih belum meninggalkan puasa. Dan aku semakin mahir memasak tanpa merasa (dah nama pun puasa kan..). Hik hik.

Syukur juga, demam ku sudah kebah. Batuk juga semakin baik, dah tiada batuk-kering-tekak yang membuatkan aku muntah, menangis, tak tidur malam. Perit!

Ok, lama sangat rasanya tak sambung cerita Krabi ni. Tak habis-habis lagi. InsyaAllah aku akan habiskan sesegera mungkin. Bergantung pada keadaan sebenarnya.
Dah janji kan nak update tentang Krabi Night Market. 

Ni salah satu tempat wajib pergi kalau ke Krabi. Tapi, night market ni hanya pada hari Jumaat dan Sabtu sahaja kalau tak silap aku. Kami ke sana Khamis - Ahad, so dapatlah ke night market ni.

Biasanya kalau pergi ke sana, kita akan menginap di Aonang, sebuah pekan kecil tepi pantai. Tapi orang selalu sebut Krabi, macam aku lah, sebut Krabi Honeymoon. =) Krabi tu sebenarnya agak jauh dari Aonang.  But less than 1 hour la..

Alkisahnya, kami kan sewa 'Scoopy' masa di sana. Darling husband boleh pula decided untuk pergi Night Market tu naik Scoopy! Berpandukan peta besar, dan sedikit penerangan daripada tuan kedai sewa Scoopy tu, maka pergi lah kami mencari Night Market di bandar Krabi. Hasilnya, kami SESAT! Haha. Sebenarnya sebab darling husband pilih jalan lain (nampak sangat aku salahkan dia =D). Ada satu traffic light yang kami tak lalu, dan akhirnya tak tahu dah ke mana. Dah la jalan nak ke Krabi town tu lalu kampung yang gelap, bayangkan lah naik Scoopy pula. Akhirnya kami berpatah balik. Esoknya baru sewa teksi pula ke Night Market tu. Habis juga 100 Baht untuk minyak Scoopy (minyak kat sana mahal).

Sewa teksi (macam van kecil tu, tapi sana dipanggil teksi). Pemandu akan tunggu berapa lama pun kita nak shopping / meronda-ronda di pasar tu. kami pilih teksi merah ni (sebab dapat harga murah setelah tawar-menawar dengan pemandu dia). Ada warna hijau juga, tapi merah lagi cute. =)

Masa ni dah nak balik. Comel kan teksi ni? Kami duduk di belakang, layan angin malam. =)

Ni kawasan bersebelahan Night Market, Walking Street. Malam tu ada persembahan tarian dari budak-budak ni. Comel!

Gambar atas tu tempat jual ayam halal (macam percik), darling husband beli di sini. Sedap juga.
Gambar bawah pula, tempat aku beli kebab. Sedap sangat kebab dia! Kakak tudung putih sebelah kanan tu pandai cakap melayu. 

Ini? Tak tahu makanan apa ni. Warna menarik, tapi i don't think it's halal. 
Macam lembik-lembik je. Eeiii kembang tekak!

Aktiviti-aktiviti lain di sana. 
Overall, ok la dapat tengok suasana orang sana berjual-beli, lepak-lepak makan. Tak lah menarik sangat barang-barang dia, kami just beli kebab, ayam, dan personalized keychain. Tapi, tempat ni tetap harus dilawati kalau ke Krabi. Dan, paling penting jangan naik skuter pergi Night Market! =D

p/s: Aku rasa nak buat GA, hadiah dari Krabi. Ada yang berminat ke eh?


Wednesday, August 3, 2011

Dugaan di Awal Ramadhan 1432H..

Assalamualaikum..

Rasanya masih belum terlambat nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada sesiapa yang membaca blog picisan aku ni.. Mohon maaf atas apa-apa kesilapan dalam penulisan aku yang mungkin ada menyakitkan hati sesiapa. Semoga Ramadhan tahun ini memberi seribu makna kepada kita semua. Amin...

Seawal 1 Ramadhan (1 Ogos 2011) aku dah diduga dengan batuk yang sangat teruk dan demam.. Sehari sebelum tu, keluarga mertua datang dan kami ke Bukit Gambang Resort City. Keluarga mertua pun ada bawa buah durian dan rambutan dari kampung. Masa tu dah rasa sakit tekak sikit, rasa je lah durian 2 ulas..

Balik dari mandi-manda, badan panas sangat. Dan esoknya 1 Ramadhan aku MC.. Tapi Alhamdulillah masih dapat meneruskan puasa.. 

Sehingga hari ni, demam dah berkurang, tapi batuk masih teruk. Tidur malam tak boleh nak lena. Batuk sampai terkeluar air mata. Tergamam students tengok aku batuk sampai menangis. Hihi..

Apa pun, aku anggap ini dugaan. 12-15 Julai dah demam dan batuk teruk, 31 Julai berulang lagi.. Kali ni tak tahu berapa lama akan berterusan. InsyaAllah, semoga aku cepat sembuh.. =)


Thursday, July 28, 2011

Ermmmm....

Monday, July 18, 2011

Krabi Honeymoon #6

Assalamualaikum..

Masih lagi cerita (more to pictures, actually) tentang 4 Island Trip ye. =)

=) Sepatutnya bergambar berdua di sini. Baru romantik.

Tup Island's sandbank. Dari sini boleh berjalan kaki meredah laut untuk ke Chicken Island kalau air surut. Tapi kami kurang bernasib baik, air agak pasang. Ada nampak sikit-sikit sahaja pasir yang menghubungkan kedua-dua pulau. Tour guide cakap, setakat ni 6 kematian terjadi disebabkan kedegilan pelancong nak juga menyeberang walaupun air di paras dagu. 2 mangsa dari Malaysia, 2 dari Singapore dan 2 lagi tak ingat dari mana. 

Last stop, Phranang Cave. Sejam kat sini. Ada yang berjemur, ada yang mandi-manda, ada rock-climbing. Kami? Berjalan-jalan dan bergambar. =) Cave belakang tu sangat cantik dan memukau. Cave ni ada cerita dongeng tersendiri. Ada unsur-unsur pemujaan juga la dalam cave tu.

Ini sahaja yang ada di pintu gua. Mula-mula tak perasan sangat, ingatkan apa la yang berwarna-warni tu. Pergi dekat nak snap gambar, baru perasan. Tu yang besar kat depan tu, warna merah! Erk! 

Berjalan-jalan sementara tunggu masa nak balik ke Aonang. Terjumpa ni. Kawasan ni memang protected, dijaga rapi. Sebab tu bersih je, cantik. 

Cari-cari toilet, terjumpa la yang ni. Kena bayar 10 Baht seorang. Masuk sahaja lah, takkan nak tahan kan? =D Nanti nak naik bot lagi, sejukkkk... Again, toilet dia bersih... Berbaloi.

Next, will update about Krabi Night Market. =)

Friday, July 15, 2011

Krabi Honeymoon #5

Assalamualaikum.. And Happy Friday! Esok cuti! =D

Ermmm.... Dah masuk 5 dah entry Krabi aku ni. So now nak story tentang 2nd trip yang kami ambil di sana, 4 Island Trip. Kami beli pakej ni malam sebelum tu. Malam yang first tu just beli pakej Phi-phi Island sahaja, then malam kedua kami beli pakej untuk hari ketiga sampai lah hari terakhir kami di sana. Lengkapkan terus, senang. Lagipun memang dah bercadang nak ambil dengan tour agent yang sama. Si Neen tu pun dah janji nak bagi best price kalau kami ambil banyak pakej dengan dia.

Ok, kalau Phi-phi Island trip kami pilih speedboat (pilihan tepat sebab ada hujan sikit, kalau naik long tail boat tak tahu la macamana), jadi untuk 4 Island Trip kami pilih long tail boat pula. Tapi sebelum tu dah bincang dengan Neen. Pros and cons semua lah kan. Alhamdulillah, pilihan kami tepat. =) Keesokannya cuaca sangat baik, dapat lah kami merasa naik kedua-dua jenis boat untuk tour kami di sana. Harga yang kami dapat, 800 Baht untuk 2 orang. Murah! Yes, sebab long tail boat je kan, tapi still murah, sebab kami dapat harga kanak-kanak! =D

Untuk trip ni, tempat-tempat yang disinggah adalah Poda Island, Tup Island, Chicken Island dan  Phranang Cave. Subhanallah.. Cantik sangat tempat-tempat ni! Owh kali ni gambar kami lebih baik dari gambar-gambar masa Phi-phi Island Trip. Sebab? Masa tu bawa compact digital camera sahaja. Kali ni bawa DSLR dah. Yeayy! =D

Baru sampai... Itulah long tail boat yang kami naik. Company 'Connecting Krabi'. Tak ramai sangat pun. Best. Orang Melayu ada 3 family termasuk kami. =)

Yeay jumpa signboard 'Poda Island'. Masa kami sampai tak ramai pun. Enjoy snap gambar sana sini. =)

Kebetulan ada sebuah boat cantik je parking kat situ. Ni gambar menggunakan 'self-timer'. Ada kejadian lucu sebelum terhasilnya gambar ni..

*

*

*

*

*

*

Isk isk isk... ;-D Excited orang tu berlari nak pose..

Love this picture!

Yang ni masa di Chicken Island. Kami lunch buffet di sini. Makanan sedap, alhamdulillah! Macam picnic, makan nasi tepi pantai. Dengan air coke suam. =) Kat sini juga lah mat saleh berjemur. Banyak lagi gambar sebenarnya..

Tapi... 
Aku tak sempat nak pilih.. InsyaAllah nanti update lagi..

Tuesday, July 12, 2011

Krabi Honeymoon #4

Assalamualaikum..
Uwaaaa suara dah hilang sikit. Sakit tekak dah masuk hari kelima..

Ok, sambungan previous entry, Phi-phi Island Trip.

Di sini lah Maya Bay yang dimaksudkan. Masa baru sampai dah ada beberapa buah bot. So dah dapat agak mesti susah nak dapat gambar cantik.


Jalan nak ke toilet. Toilet sini F.O.C sahaja, ada pulau yang kena caj 10 Baht (lebih kurang RM1 tu, mahal!). Tapi ok la sebab toilet kebanyakannya bersih.

Kalau pergi mana-mana mesti nak cari signboard tulis nama tempat tu. Baru betul ada kenangan tempat tu dan kita ingat kita pergi mana. Contohnya macam trip kali ni, banyak pulau yang disinggah.

Tak kira la ramai pun, nak juga pose dengan darling husband. Kata honeymoon kan, takkan tak ada pun gambar romantik berdua. =)

Menjelang tengah hari, buffet lunch disediakan di Phi-phi Don Island. Pulau ni ramai juga la penduduk. Dan aku rasa ada komuniti Islam yang agak besar di situ. Sebab masa kami sampai, ramai yang berjalan kaki pakai kopiah dan kain pelikat. Macam nak pergi masjid. Yang atas tu makanan untuk tengah hari kami. Sedap? So-so sahaja.. Bagi aku lah. Yang trip kedua nanti lagi sedap.

Ni lah gambaran di Phi-phi Don Island. Yang gambar paling atas tu statement yang aku nampak di salah sebuah bar di sana. Siang bar tu tutup kot. Deretan kedai untuk shopping pun agak banyak. Jual pakaian, souvenier, barangan kulit, restoran pun banyak. Aku tak beli apa-apa pun kat sini. Darling huband beli dompet kulit buatan tangan orang pulau ni. =) Murah. 750 Baht selepas tawar-menawar dapat 600 Baht.

Gambar-gambar snorkeling tanpa muka aku. Kenapa? Sebab aku hanya turun sekejap sahaja, sebab masa aku turun ombak agak besar, selepas tu aku terus naik dan hanya menjadi photographer. '__' Gambar ni masa darling husband snorkel kat mana ntah, tapu ombak dah tak kuat. Tengok tu, air tenang je. Ikan pun banyak. Tapi aku telah serik. Haha. Yang ada hanyalah....

Gambar kenangan. Haha. Gambar masa cuak-cuak dalam air tiada dalam simpanan. Google aku kuning sebelah sebab darling husband pakai baju kuning..

Sunday, July 10, 2011

Krabi Honeymoon #3

Assalamualaikum..

Sambung terus lah cerita bulan madu kami kali ni ye.

Ok lepas makan pancake yang tak sedap tu, kami teruskan pencarian pakej untuk keesokan harinya. Banyak sangat booth yang jual pakej yang sama. Kami decided untuk ambil pakej ke Phi-phi Island dulu. So survey punya survey, singgahlah kami di sini..

Booth Miracle Tour. Owner dia pun muslim, dan harga lebih murah daripada beberapa booth yang kami survey sebelum tu. Yang duduk di kaunter tu sangat friendly, jadi kawan kami sampai ke hari terakhir. Neen nama dia. Kami ambil pakej-pakej lain pun dengan dia, massage pun dengan dia juga. Haha. So untuk trip pertama kami di hari kedua di sana, kami dapat harga 800 Baht seorang. Tawar menawar untuk pertama kali dengan Neen ni gagal, dapat harga seperti tertera di whiteboard dia. Jadi 1600 Baht untuk Phi-phi island tour. Takpe, asalkan harga dia lebih murah dari booth lain yang kami tanya. Hari-hari seterusnya baru dapat special price. =)

Pagi yang ditunggu-tunggu. Breakfast di cafe hotel. Menu banyak, makanan pun best. Tu tukang buat scrambled egg pun manis bertudung. Gambar bawah sebelah kiri, home-made strawberry yogurt. Sedap! Makan dengan tenang, sebab kami keluar awal. Van datang jemput dalam pukul 8.30am untuk ke tempat berkumpul sebelum naik bot. Oh FYI, kami pilih speed boat untuk trip ni. Pakej di bawah company Aonang Speed Boat Tour.

Untuk Phi-phi island trip ni, ada 7 pulau yang akan bot singgah. Setip pulau yang kita turun diberi masa dalam 30 - 45 minit. Tengok keadaan juga lah sebab ada pulau yang kami singgah sekejap je sebab cuaca tak mengizinkan.. =(

See, awan hitam dah mula berarak. Masa ni lupa la pulau mana. Pileh Bay kot. Ok untuk trip ni, tempat-tempat yang disinggah: Lohsamah Bay, Pileh Bay, Monkey Bay, Maya Bay, Viking Cave, Phi-phi Don Island, Hin Klang dan Bamboo Island. 

Masa ni boat bawa kami lari dari awan hitam tu. Ada juga lah redah ombak besar dengan angin kuat dan hujan lebat. Basah dan terhentak-hentak naik bot tu. Masing-masing tengok gelagat masing-masing. =) Tu 2 orang anak mat salleh tu comel je, dah la duduk belakang, memang kesejukan lah.
Viking Cave. Yang ni tak turun dari boat pun. Photography and sightseeing only. Cave ni tempat orang kutip sarang burung. Cantik cave ni. Subhanallah..

Ok next entry aku akan cerita tentang trip ni lagi. Lepas Viking Cave ni kami ke Maya Bay. Cantik sangat tempat tu, rasanya semua tahu kot tempat tu jadi lokasi penggambaran filem "The Beach".