Bahagia Hingga ke Syurga. InsyaAllah. Amin..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak Solehah. InsyaAllah. Amin..

Thursday, May 27, 2010

Potluck Anak Dara + Mak Dara

Salam...

Fuhh.. Lama jugak tak update blog. Seminggu dah. Tiga hari berturut-turut kena attend training. Dua hari untuk Code of Practice for Program Accreditation (COPPA) di Hotel Seri Malaysia, Kuantan. Then the next day kena attend pulak Academic Advisory Training dan Professional Ethics di kolej. 3 training in 3 days! Tapi takpe lah, sebab food provided. Hihih. Alhamdulillah..

Before pergi attend training tu, me & my friends ada buat potluck. Saje2 je. Tujuan asal to celebrate birthday May babies among us. Hehe. Birthday aku kan bulan May.. (owh baru teringat free ticket GSC belum guna lagi!).

So untuk memeriahkan lagi sambutan birthday tu, masing-masing diminta bawa makanan / minuman / buah.. Pakaian mesti berwarna merah / pink. And.. Ada pula sesi pertukaran hadiah. Dah kata birthday celebration kan.. Harus la ada hadiah. Syarat yang ditetapkan: Hadiah mesti berharga at least RM30. Sehari je plan mana la sempat aku nak pergi menggagau cari hadiah berharga at least RM30 tu kan..

Nak tahu hadiah apa aku  bagi? Hehe.. Tengok gambar dulu lah..

 Secret Recipe cheese cake , tertulis nama kami peserta-peserta potluck. Hehe. Daripada 7 orang tu, 2 adalah mak orang, 2 isteri orang tanpa anak, selebihnya anak dara..

Inilah sebahagian daripada kami.. Preparation.. Masa ni lebih kurang pukul 11 rasanya..

Acara makan-makan bermula.. Meja penuh dengan makanan.. Makan-makan + chit chat + gelak-gelak

Di sebelah kiri ni adalah hadiah-hadiah yang dibawa.. Alaa tak nampak pulak hadiah aku yang cantik beriben bagai tu. Hehe masuk bakul angkat sendiri (dah tu siapa lagi nak angkat..)

Haa ini lah rezeki-rezeki kami.. Ada sandwich, mi goreng, makaroni bakar, keropok, puding, mister potato.. Alhamdulillah..

Lepas makan, sesi bertukar hadiah.. Undi dicabut, dan hasilnya... Yeayy masing-masing bergambar dengan hadiah. Sebelum sesi membuka hadiah pula.. Owh anyway kek di depan belum tersentuh.. Dah tak sabar nak tengok hadiah la katakan..

Aksi-aksi para pensyarah yang tidak sabar membuka hadiah ketika pelajar-pelajar mereka sedang cuti semester.. Chaiyok-chaiyok! Yang baju kurung merah kat tengah-tengah tu paling susah nak buka hadiah. (Haha hadiah dari aku la tu. Sengaja balut berlapis-lapis bagi tebal..)

And here we go.. Masing-masing bangga menunjukkan hadiah yang didapati.. =D Aku dapat hadiah tudung dari Kak Putri.. 

Dari kiri: Nisa (dapat choc gift set), Ainz (dapat tumbler), aku (dah bagitahu dapat apa), Suhana (dapat tempat letak sudu garfu), Afzan (yeayyy Afzan dapat one drop perfume dari aku!), Gee (dapat kain pasang - boleh buat baju raya), Anum (dapat bedroom slipper ELLE), and Kak Putri (dapat lilin wangi)..

Kami sangat enjoy potluck kali ni. InsyaAllah ada rezeki akan diteruskan lagi.. Maklum la, masa semester tengah berjalan, masing-masing sibuk dengan kelas..

3 comments:

sHarEna said...

beshnya ade makan2 hik hik ^_^ da lame x buat pot luck. bos td dh hint sape2 yg baru balik dr cuti bersalin patot kene bwk dish sbb ade org tlg wat keje time cuti. ala..bos tu klu mkn free laju jer mintak huhuh ;p

Cody said...

Mesti ada hadiah yg kureng dr RM30 tu. Nampak mahal tapi murah je. Hehhehe saja je nak melagakan korang

Mrs Azhar said...

sharena: pot luck memang best! =D

cody:tak baik melagakan orang.. hehe. takpe, kitorang tak kisah sgt pun bab hadiah tu.. yg penting ikhlas.. =)

Post a Comment

Komen anda dialu-alukan.. Terima kasih daun keladi.. Lain kali datang la lagi.. =D