Bahagia Hingga ke Syurga. InsyaAllah. Amin..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak Solehah. InsyaAllah. Amin..

Monday, May 31, 2010

Hantaran


Salam..

Its Monday.. Adakah aku sedang mengalami Monday blues?? Hmmm no, no.. Please blues.. You are not invited right now..

Sebenarnya tengah berusaha mengumpul kekuatan untuk menyediakan modul for short course. Haha mengumpul kekuatan tu. Nampak sangat aku takde mood untuk prepare the modul. Tapi takpe, slowly, take it easy, just do it, Wani..

Tengok tajuk 'Hantaran', tapi sempat membebel kejap. Ok, ok. Memang nak buat entry tentang hantaran. Lama dah sebenarnya. Tapi biasalah, kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan segalanya. Hah alasan.

Macam biasa, aku kalau buat entry seboleh-bolehnya mesti nak letak gambar walaupun sekeping. Tapi kali ni bukan lah sekeping..


Menjunjung adat, sirih junjung mengetuai hantaran-hantaran lain.. =) Cantik tak sirih junjung ni? Terima kasih kepada penyumbang tenaga yang bertungkus lumus menyiapkan gubahan sirih ni. Hehe. Kakak, adik-adik, sepupu sepapat, saudara mara.. Uhhh banyak betul tangan. Dan terima kasih adik dan kakakku yang membeli bunga-bunga tersebut di pasar sebab pengantin dikuarantin.

Cincin istimewa untuk suami.. Letak atas bantal kecik biasa je.. Beli dekat SSF.

Fossil watch.. Pilihan aku untuk beliau..

CK Perfume set.. Gubahan simple, masa beli memang siap  dibalut.. So aku just letak je atas dulang, hias bunga & butterfly tu..

Haha ni lagi pemalas gayanya. Lipat, letak atas dulang. Levi's jeans for him. His all-time favourite jeans.

Levi's jacket. Sama jugak, lipat, letak atas dulang. Dan ada tambahan riben di kolar, tangan gatal sikit masa gubah tu.

Guess what are these? Ok lah yang bawah tu memang jelas bahan-bahan bacaan. Buku-buku tentang rumahtangga, suami isteri.. Yang dalam kotak merah tu adalah kain pelikat 'Gajah Duduk'.. Boleh suami buat pakai masa berjemaah bersama.. =)

Yummmyyy!!! My all-time favourite pulak ni! Hehe. Ferrero rocher collections..

Dan ini, pilihan suami sendiri.. =) Gambar tak nampak gubahan keseluruhan, sebab photographer suka nak zoom in..
Sekian sahaja pameran gubahan hantaran dari isteri kepada suami.. Untuk hantaran dari suami kepada isteri, nantikan sahaja entry selepas ini. Macam la ada orang nak tunggu pun. Perasan.


 


5 comments:

nanonano said...

simple tp smart !
:)

Mrs Azhar said...

nanonano: tq! memang hajat di hati nak go for simple pun. hehe

.:Kiah-ohh-Kiah:. said...

akk! nk copy gmbr sireh junjung ek...=)

Mrs Azhar said...

kiah-ohh-kiah, silakan. =)

Cinoi said...

Hai. Nak tnya ni, setiap hantaran you tu atas dulang (di bwh brg) tu ada kotak segi4 kan u pakai apa tu? balut ngn apa?

Post a Comment

Komen anda dialu-alukan.. Terima kasih daun keladi.. Lain kali datang la lagi.. =D