Bahagia Hingga ke Syurga. InsyaAllah. Amin..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak Solehah. InsyaAllah. Amin..

Tuesday, March 15, 2011

Al-Fatihah untuk Zurina Majid...

Assalamualaikum..

Tadi tengah masak untuk makan malam, dapat sms dari adik, tanya "betul ke Zurina dah meninggal?". Aku tergamam, tapi hati macam tak percaya sangat. Aku reply sms tu dan tanya adik, "siapa bagitahu?". Lepas tu dapat cerita sebenar..

Zurina, pelajar Kejuruteraan Awam di kolej tempat aku mengajar, meninggal dunia petang tadi. Aku tak pasti pukul berapa. Daripada cerita yang aku dapat, arwah dalam perjalanan ke Kuantan untuk ambil slip peperiksaan di kolej esok. Kemalangan di Pekan, adik arwah yang drive. Adik arwah masih di ICU.

Sampai sekarang, aku macam masih terkejut dengan pemergian arwah. Aku tak rapat dengan arwah, tapi pernah mengajar dia dua semester berturut-turut. Arwah seorang yang happy-go-lucky bila dengan kawan-kawan rapat dia. Tapi dalam kelas aku, dia agak pendiam.

Sama-sama kita sedekahkan surah Yassin dan Al-Fatihah kepada pelajar ini. Untuk sahabat-sahabat arwah, tabahkan hati, banyak-banyak doakan untuk dia di sana. Semoga dia tenang dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin...


Takziah untuk keluarga arwah..

3 comments:

~izan~ said...

Al fatihah.. ajal maut tak kenal usia.semoga keluarga arwah tabah hadapi dugaan ini.

Fiza Z. Abidin said...

Al-fatihah...semoga beliau tenang di sana.

fizah said...

ai-fatihah...semoga rohnya dicucuri rahmat..amin

Post a Comment

Komen anda dialu-alukan.. Terima kasih daun keladi.. Lain kali datang la lagi.. =D