Bahagia Hingga ke Syurga. InsyaAllah. Amin..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak Solehah. InsyaAllah. Amin..

Friday, March 18, 2011

Meraih Hati melalui Sajian Istimewa

Assalamualaikum..

Jika sebelum ni aku tulis tentang pentingnya kaum-kaum isteri yang sayangkan suami, berusaha memikat suami dengan masakan. Hari ni aku nak tulis tentang apa yang aku pernah baca. 

Sajian istimewa yang dimaksudkan adalah sajian-sajian sampingan, yang luar dari kebiasaan. Maksudnya selain lauk-pauk biasa yang kita masak, sesekali apa salahnya kita buat hidangan sampingan. Contohnya kuih-muih ke, kek ke, ataupun manisan.. Orang Melayu kan kaya dengan resipi kuih-muih. Nak dapatkan resipi pun senang sengat. So tiada alas an. Cuma rajin dan malas sahaja..

Sejujurnya, aku sebelum bergelar isteri lebih suka mencuba masakan jenis-jenis macam tu. Cuba masak kuih, kek. Dan satu lagi aku suka buat masakan-masakan western. Contohnya chicken chop ke, lamb chop ke.. Tapi dekat-dekat nak kahwin, aku mula gigih kumpul resipi lauk-pauk. Kumpul dan simpan dalam satu fail. Sebab aku tahu, bila dah jadi isteri, kena masakkan lauk untuk suami. Aku masa bujang tak kisah sangat makan lauk apa. Tak berkira pun.. Tapi bila dah kahwin, walaupun dapat suami yang tak berkira, nak jugak masakkan dia lauk-lauk special kan.. 

Sajian istimewa tu kalau boleh cuba biasakan buat pada setiap minggu. Tapi kalau sibuk sangat, buatlah dua kali sebulan. Nak senang hujung minggu lah kan. Sabtu ke, Ahad ke, buat la kuih apa-apa.. Aku pun InsyaAllah akan amalkan. Walaupun kadang-kadang hujung minggu pergi keluar date sambil shopping (hehe), tapi apa salahnya masakkan sajian istimewa tu.. Dan, bila dah buat tu, boleh la bagi jiran tetangga rasa hasil masakan tu kan.. Tapi bagi aku, kalau sedap baru aku bagi. Kalau tak sedap, malu pulak nak bagi orang rasa. Nanti orang cakap apa pulak.. =)

Hmmm.. So, aku dah mula plan ni nak masak apa sajian istimewa minggu ni. Rasa macam nak buat kuih lapis. Sebab baru beli pengukus hari tu. =) Nyummmm sedapnya.. Harap-harap menjadi la. Amin..

6 comments:

eMMe said...

wani, my hubby tak brape sangat western/italian nih...so, masak nasi for dinner, n lauk2 simple, sumtime, ade gak try sesuatu resepi baru...ikut rajin laa..n tgk masa juga...

Mrs Azhar said...

emme, xsemestinye western/italian.. tu sesuatu resipi baru tu ok la.. yg penting tak slalu masak benda tu, so dia akan jd 'special'.. =)

eMMe said...

wani~ if u ade resepi terbaru, jgn lupe share dgn mE okey~

Mrs Azhar said...

ok emme. biasa mls sna pic ms msk. hehe

eMMe said...

ala wani, tak yah snap pic pun takpe, tempek resepi pun orait beb!

Mrs Azhar said...

orait. insyaAllah..

Post a Comment

Komen anda dialu-alukan.. Terima kasih daun keladi.. Lain kali datang la lagi.. =D