Salam..
Hari ni genap seminggu kita berpuasa. Maksudnya 3 minggu lagi nak raya! Yeayyy!!.
Syukur, masih diberi kesempatan untuk menikmati Ramadhan bersama keluarga. Kelas di bulan Ramadhan agak meletihkan. Kering tekak ber'pot pet' di depan students yang pelbagai ragam. Alternatifnya, aku bagi kuiz / assignments / presentation sebagai usaha mengurangkan 'kemengantukan' mereka dalam kelas. Masa jawab kuiz semalam, ada sorang student sampai terlentok ke belakang kepala dia. Mengantuk sangat lah tu agaknya. Hehe
Hmmm.. Berpuasa dah masuk 7 hari, kuih / biskut raya penghasilan aku ada la 4 jenis. Kuikui. Not bad jugak la kan, walaupun ada antaranya aku dah start buat (testing je sebenarnya) sebelum puasa lagi. Makcik aku siap request lagi nak rasa biskut raya aku. Rasa? Tahun lepas diorang bungkus bawak balik rumah diorang rasanya.. Hmmm.. Takpe. Rezeki. Setakat ni, kuih / biskut yang berjaya dicuba dan menjadi adalah:
1) Biskut almond london (yang ni serius rasa happy sebab dah pandai buat ;p)
2) Biskut arab (paling senang, dah 2x buat, adik-adik suka sangat-sangat!)
(Adik aku si arissa, mintak tolong masukkan dalam bekas, dia masukkan dalam mulut dia sekali. Pasrah je kakak dia tengok biskut tak penuh-penuh)
3) Biskut makmur (kegemaran suami, nak tunggu suami balik Jumaat ni untuk rasa dan bagi markah ;D)
- lupa nak snap gambar daaa
3) Crispy choc chips (yang ni aku buat sampai pukul 1am kat dapur sorang-sorang, alhamdulillah sedap, rangup & dapat banyak!)
Owh lupa! Sebenarnya ada lagi satu, biskut green princess. Tapi macam tak siap lagi sebab tbelum letak white choc atas dia. Lepas ni, nak buat lagi biskut raya sebab bahan-bahan semua aku dah beli, siap ada satu kotak khas berlabel 'Bahan projek biskut raya 2010'. Heh tipu je! Kotak tak berlabel sebenarnya.
Jadi, tolong doakan aku supaya berjaya menghasilkan biskut raya yang sedap banyak-banyak. Nak suruh mak mertua pulak rasa kali ni. ;-D
Ok nak solat subuh. Salam.