Assalamualaikum..
Untuk para isteri yang sayangkan suami, mesti la mengamalkan perkara ni kan. Pikat suami dengan masakan. Sebenarnya, pandai masak atau tak tu bukanlah satu isu. Aku akui aku pun bukan lah pandai masak. Seebelum kahwin, setakat masak lauk-lauk simple tu boleh lah. Tapi bila dah tukar status, kita sebagai isteri mesti ada usaha nak improve skill memasak kita. Demi suami tersayang.. =)
Ok ni ada beberapa tips yang aku nak share. Mungkin boleh dijadikan rujukan.. Muhasabah diri untuk aku dan mungkin untuk kawan-kawan lain, mana tahu..
1- Kalau tak tahu masak, atau tak berapa pandai masak, jangan kedekut keluarkan sedikit modal untuk ikuti kelas memasak atau apa-apa kursus masakan. Tapi bagi aku, tak semestinya pergi kursus sekali dah pandai masak. Boleh je belajar dengan mak ke, mertua ke, lagi senang. Dan jimat modal. =) Dan lagi, boleh eratkan hubungan keluarga.
2- Kerap tonton rancangan masakan, ambil nota dan cuba masak resipi tu. Yang ni aku jarang buat, sebab selalu tak sempat pun nak salin. Dan aku jarang tengok tv. Yang aku banyak salin dari internet dan buku resipi. Banyak koleksi dah, cuba tak tahu bila. Heeee..
3- Ajak suami shopping barang dapur hujung minggu. Yes, ni memang kami amalkan. Sangat best, di samping memenuhkan troli dengan barang-barang dapur, boleh habiskan masa bersama suami isteri. =) Walaupun si dia sibuk, cuba juga cari masa.
4- Kalau penat, ajak suami bantu kerja-kerja di dapur. Penting ni ye, terutamanya bagi pasangan yang dua-dua bekerja. Masing-masing penat balik kerja, untuk kerja kat rumah tu, kena la saling bekerjasama. Syukur sangat dapat suami yang tak kisah tumbuk bawang, basuh pinggan.. Alhamdulillah.. =) Apa yang penting? Kerjasama.....
5- Sesekali, tanya suami apa yang dia teringin sangat nak makan, dan cuba sediakan masakan tu. Ini juga aku amalkan. Bukan nak tunjuk pandai, tapi percayalah, suami akan lebih menghargai usaha kita. Sekurang-kurangnya kita mencuba, walaupun ada kemungkinan chicken chop kita buat tak sama dengan chicken chop yang di restoran. Boleh jadi juga, yang kita masak lagi sedap dari yang di luar, or kita create / ubah resipi. Who knows, right?
6- Jangan biarkan dapur langsung tak berasap untuk jangka masa yang lama. No no no. That's not good. Macam rumah orang bujang pulak kan. At least, kalau dah sibuk sangat, beli la frozen food macam nugget ke, fries ke. Tak pun karipap segera. Cepat dimasak, sedap dimakan, tapi tak elok sangat untuk kesihatan, So jangan selalu sangat. Kadang-kadang takpe. Hehe. Dan, sediakan siap-siap bawang / cili mesin dalam peti, so jimat masa kalau nak masak.
Sama-sama lah kita usaha untuk memikat suami sendiri. Walaupun dia dah terpikat dengan kita sebelum ni, apa salahnya buat dia lebih terpikat dengan air tangan kita pulak, ;-)
Untuk bride-to-be, sediakan lah diri anda dengan ilmu masakan. Confirm suami lebih sayang. =)
credit: cartoonstock.com